Sekali tengok, rasanya ramai yang dapat menjangkakan Zila Bakarin ada membuat sesuatu pada wajahnya. Terbaru, menerusi Sinar Harian, Zila Bakarin mengakui yang dia pernah melakukan suntikan pada mulut dan dagunya empat tahun yang lalu. Patutlah Abang Nara tengok runcing bebenar dagu Zila Bakarin.

Walaupun begitu, Zila Bakarin mengakui yang dia menyesal kerana melakukan perubahan pada wajahnya. Kalau dapat diundur masa, pasti Zila tidak akan menyuntik wajahnya. Kata Zila Bakarin:-
Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal. Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna. Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu.


No comments:
Post a Comment