Sunday 16 December 2012

KENAPA PAS & PKR TAK SEDAR DIPERKUDAKAN DAP...???


Tindakan DAP yang menuntut tambahan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti menunjukkan hasrat sebenar parti tersebut yang mahu mendominasi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, DAP ternyata hanya menjadikan PAS dan PKR dalam pakatan pembangkang sebagai ‘kuda tunggangan’ semata-mata demi mencapai cita-cita politik mereka.

Menurutnya lagi, DAP hanya mahu memperalatkan PAS dan PKR bagi memastikan hasrat mereka untuk memerintah negara dan negeri akan tercapai.
“Dalam masa yang sama, mereka cuba menyatakan pendirian mereka melalui pakatan pembangkang sedangkan DAP ini merupakan parti yang terlalu tamak dan mempunyai dendam terhadap Barisan Nasional (BN).
“Mereka (DAP, PAS dan PKR) sebenarnya masing-masing bermain dengan ‘politik kayu tiga’ di mana sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang berbeza,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan dasar bertajuk ‘Perubahan Di tangan Mu’ pada kongres DAP ke-16 di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) hari ini.
Lim dalam ucapannya itu, mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang sebagai pengiktirafan ke atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR.
Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.
Drs. Mohd Nizar berkata, pakatan pembangkang tidak dapat meniru cara BN dalam menentukan pengagihan kerusi dengan bermatlamatkan hanya satu iaitu meneruskan usaha membangunkan negara.
*** Siapakah PAS dan PKR tanpa DAP.... Di dalam Barisan Altenatif, mereka tidaklah sekuat mana, tidak juga sehebat mana.... Barisan yang mereka bentuk ternyata hanya satu pakatan rapuh bila mana mereka hanya tunduk kepada DAP sahaja......

No comments: