Friday, 21 December 2012

PAS MOHON SEGERA BUBAR PARLIMEN, TAK SABAR UNTUK TERUS MENJADI KUDA KAYU DAP...!!!!


PARIT BUNTAR - Pas kawasan Parit Buntar menggesa pembubaran Parlimen dilaksanakan segera bagi mengelakkan lebih banyak fitnah dan tohmahan dilemparkan mana-mana parti politik sehingga menyebabkan perpecahan umat.

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, tempoh setahun kebelakangan ini dilihat menjadi medan pertempuran menabur fitnah dalam kalangan pemimpin politik dengan menggunakan media arus perdana dan perkara itu seharusnya dielakkan dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera.


Menurutnya, di peringkat Parlimen Parit Buntar, pihaknya percaya keazaman penduduk untuk menukar kerajaan dengan menumbangkan parti pemerintah amat ketara dan pelaksanaan PRU segera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh mengundang rusuhan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa agar tidak terus berteka-teki mengenai tarikh PRU dan diminta segera membubarkan Parlimen.

“Pas di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU dan menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU akan datang,” katanya kepada media di sini.

Fakhrurrazi berkata, Pas juga tidak mahu Umno meneruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini sekiranya kalah dan mereka perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menghormati keputusan rakyat sekiranya PR menang.

Sementara itu, Fakhrurrazi berkata semangat untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jelas ditunjukkan penduduk Parit Buntar apabila ceramah berkelompok yang diadakan setiap minggu di sini berjaya menarik kehadiran lebih 600 orang.

“Walaupun ceramah berkenaan bukan ceramah perdana, namun orang ramai tetap hadir mendengarnya.

“Lujnah Penerangan kini menganjurkan ceramah kelompok hampir setiap minggu bagi memenuhi permintaan penduduk setempat yang mahu mendengar penjelasan isu politik semasa,” katanya.

No comments: