Sidang parlimen di Ukraine merupakan antara persidangan wakil rakyat paling panas di dunia. Setakat ini sudah dua kejadian pergaduhan sesama parti politik berlaku ketika parlimen sedang bersidang.
Pada 27 April 2010, insiden baling telur telah tercetus akibat perasaan tidak puas hati wakil parti kerajaan kepada parti pembangkang dan kemudiannya pada 25 Mei 2012, satu lagi insiden pergaduhan berlaku ketika sesi perbahasan rang undang-undang yang menetapkan penggunaan Bahasa Russia dalam semua urusan kerajaan.
Ini menimbulkan perasaan kurang senang pemimpin pembangkang yang Pro-Barat dengan mengatakan tindakan ini akan menghakis tradisi dan budaya Ukraine. Dan baru-baru ini satu lagi pergaduhan berlaku akibat ahli parlimen "kerajaan" mendakwa ahli parlimen pembangkang telah melompat parti. Ianya juga tercetus akibat pemilihan speaker baru parlimen yang di lihat berat sebelah.
Pergaduhan menjadi lebih tegang apabila perwakilan daripada Parti Svoboda memecahkan pintu dewan dan membawa masuk lebih ramai perwakilan lain yang menyebabkan suasana menjadi lebih tegang. Ukraine baru-baru ini baru sahaja selesai melakukan pilihan raya umum (Oktober) dan telah di menangi oleh Viktor Yanukovich dari Parti Wilayah manakala tempat kedua di menangi oleh bekas Presiden Ukraine, Yuliya Tymoshenko yang kini di penjara akibat penyalahgunaan kuasa.
Moh kita tengok lagi gambar-gambar aksi pergaduhan ahli Parlimen tersebut.. yang nmpak sangat brutal.......
*** Harap situasi seperti dalam gambar yang dipaparkan tidak akan berlaku di dalam Dewan Parlimen di Malaysia....lebih-lebih lagi selepas PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment