Friday, 21 December 2012

BLOGGER DAN PENYOKONG PR TERUS HINA MUFTI PERAK..... ANGGAP HADI AWANG SEPERTI MALAIKAT....!!!


Melalui entry semalam, teman dapati kebencian blogger dan penyokong-penyokong puak PR terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria masih berterusan dan teman percaya ianya akan tetap berterusan. Dalam artikel yang dipostkan bertarikh 19 Disember 2012 2.35pm, SUARA PAKATAN RAKYAT telah menyamakan mufti tersohor itu sebagai anjing! Mana tidaknya, dengan meletakkan gambar wajah beliau di badan anjing, adakah ianya dianggap bukan satu penghinaan..???

Sebelum ini pun kita sedia maklum, walau apapun fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti dan cerdikpandai ilmuan islam yang membarisi Majlis Fatwa Kebangsaan, puak-puak PR tidak pernah pandang walau hanya sebelah mata kerana menganggap semua itu hanyalah hampas kerana tidak menguntungkan mereka, terutama PAS.


Bagi mereka pemimpin-pemimpin tertinggi yang berada dalam PAS adalah sebaik-baik umat di dunia ni..!!! Mereka dengan taksub dan bongkaknya menyatakan bahawa presiden parti tersebut, Datuk Seri Hadi Awang mempunyai tahap ilmu agama Islam yang begitu tinggi dari hampir segala segi, pendidikan, pengalaman dan latar belakang. Malah dikatakan, selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi. Rasanya lebih mudah jika puak PR mengatakan bahawa Hadi Awang itu setaraf MALAIKAT...!!!

Inilah gambar yang puak-puak PR telah editkan ......


Teman percaya ramai yang mengecam dengan apa yang ditulis di laman web tersebut, juga gambar yang dipaparkan. Kita sebenarnya sudah muak dengan puak-puak PR yang ternyata membenci para Mufti dan Ulama yang tidak menyebelahi mereka....walaupun pada hakikatnya Mufti dan Ulama juga mempunyai ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi dan bukan calang-calang....Sebaliknya mereka menganggap mufti itu hanya sekadar menghabiskan wang rakyat tanpa mengetahui kepentingan sebenar jawatan itu diujudkan. Pakatan rakyat juga, melalui penulis di laman itu, dengan bangganya menyatakan bahawa akan menghapuskan jawatan MUFTI sekiranya mereka dapat memerintah selepas PRU 13 dan hanya mengekalkan jawatan tunggal iaitu IMAM BESAR.

BACA SETERUSNYA.... DI SINI.... atau..... DI SINI

No comments: