Wednesday 5 December 2012

KERAMBIT MAKAN DARAH PUAK PR....!!!!


Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam.  Pembangkang mengatakan bahawa ianya dilakukan samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1

/2 di sini.






Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.





Blogger pro-pembangkang mendakwa bahawa.penyokong itu cuba mententeramkan kekecohan tersebut telah dirodok dengan pisau dan mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.






“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.

“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka. Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya.


*** Seharusnya, tindakan samseng dari mana-mana pihak pun tidak wajar dilakukan terhadap satu sama lain. Tindakan ini memang sangat perlu dibendung dari terus dijadikan amalan dan ikutan terutama golongan muda yang sentiasa 'berdarah panas'. Lihat saja perbuatan samseng yang dilakukan oleh peserta kumpulan demonstrasi Bersih ini...... Ikut sejarah Islam, tindakan macam ni bukan kah tindakan Puak Jahiliyah..??!!


Anggota polis pun menjadi mangsa tindakan samseng mereka....



Nak tanya lah.... masa ni Anwar Ibrahim arahkan polis tak untuk cari  samseng2 ni......
Kalau kena kat puak dema..... amboiiiiiiiiiiii...!!!!

2 comments:

megat panjialam said...

Hihihi Tanjamnya sindiran lebih tajam dari kerambit. Mohon kiranya pautkan dengan blog saya ... wwwmegatpanjialam.blogspot.com. Terima kasih.

Bicara Perjuangan said...

Mohon pautkan juga blog ini d blog tuan... terima kasih.