TEL AVIV - Israel mengumumkan untuk menyekat lebih AS$100 juta (RM304
juta) bayaran cukai dan dana lain yang dikumpulkan oleh mereka bagi
pihak Palestin.
Sekatan itu diputuskan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama
menteri Kabinet semasa mesyuarat mingguan di Tel Aviv, semalam. (ahad)
Tindakan itu diambil kononnya sebagai hukuman ke atas Palestin di atas
kejayaan mereka menaik taraf status kepada negara pemerhati bukan
anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.
Kabinet turut meluluskan resolusi yang menyebut bahawa Israel tidak akan
berunding terhadap dasar PBB yang akan mengiktiraf Tebing Barat,
Baitulmaqdis Timur dan Genting Gaza sebagai negara Palestin, lapor AP
Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan Yuval Steinitz berkata, kerajaan
akan menggunakan wang yang sepatutnya dipindahkan kepada Palestin itu
untuk membayar hutang di dalam negara.
Difahamkan, ini adalah 'serangan balas' kedua yang diambil oleh Israel
selepas mereka mengumumkan rancangan untuk membina penempatan haram
Yahudi termasuk pelan pembangunan di kawasan strategik di Tebing Barat
dan Baitulmaqdis Timur - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment