Monday 3 December 2012

DAP RESAH, TAK SENANG DUDUK, DENGKI...KEJAYAAN PAU 2012...!!!


Laungan ikrar taat setia pada perjuangan UMNO yang dilafazkan oleh 2,759 perwakilan bergema penuh semangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam.

Gema itulah telah membangkitkan keresahan parti pembangkang berikutan kejayaan hebat Perhimpunan Agung Umno 2012 cukup ketara apabila sanggup mengambarkan perhimpunan itu sebagai satu perhimpunan `raja lawak’.


Zairil Khir

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari mendakwa, Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak.

“Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Zairil antara lain membidas kenyataan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Rahim Saibu bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Dakwanya, UMNO mengambil kesempatan mengulangi fitnah yang sama pada perhimpunan berkenaan kerana tiada modal lain untuk berpolitik.

Media pada 30 November lalu melaporkan Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menyelamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang yang kian ‘dihapuskan’ oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Abdul Rahim dipetik sebagai berkata, terdapat kumpulan yang turut melibatkan golongan peguam mengadakan gerakan terancang bagi menghapuskan kampung Melayu khususnya di kawasan pesisiran pantai negeri itu. ( sumber asal : mynewshub.my)

No comments: