Berita ini agak menakutkan lagi-lagi buat peniaga yang berniaga di kedai-kedai makan atau di mana-mana sahaja.
Beberapa orang peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir, mendakwa telah menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu.
Menurut salah seorang peniaga terlibat, Rahmah Khamis, 57, ketika beliau sedang sibuk melayan pelanggan pukul 8.30 pagi, Rabu lalu, dia telah didatangi seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiga bungkus nasi lemak dan lontong di kedainya.
Tambah Rahmah, kesemua makanan tersebut berharga RM11 dan wanita terbabit menyerahkan wang kertas RM100 yang kelihatan baharu serta langsung tidak menampakkan ia wang palsu sebelum menyimpannya di dalam laci.
Beliau akhirnya menyedari ianya adalah wang kertas palsu apabila melakukan pemeriksaan keatas wang tersebut setelah selesai urusan perniagaan.
No comments:
Post a Comment