Wednesday 12 December 2012

AFDLIN BOH LAYAN TWITTER ABBY PERLEKEH MISI KE GAZA

Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin ketika tiba di KLIA, semalam.
Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin ketika tiba di KLIA, semalam.

Alhamdulillah, Afdlin Shauki yang menyertai Organisasi sukarelawan kemanusian Aqsa Syarif ke Gaza, Palestin, telah selamat tiba di Malaysia, lewat petang semalam. Ketika ditemui oleh wartawan Malaysian Digest.com sejurus beliau keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mengenai isu panas berkaitan kenyataan pelakon Abby Abadi di laman sosial Twitternya, baru-baru ini, Afdlin berkata : "Saya tak peduli fasal perkara (kritikan negatif) itu. Kerana fokus saya adalah pada Palestin. Pada saya jangan lah kita bersangka yang buruk kepada sesiapa yang bercakap (kritik) tu. Pada saya mungkin pihak yang kritik tu, dia tak tahu. Apa yang penting fokus kami adalah pada Palestin dan Gaza. Jangan lah cuba bawa isu ni ke isu lain, ia tak membantu sesiapa pun", 

Abby Abadi yang semakin aktif dengan aktiviti ceramah itu seolah-olah memperlekehkan niat suci Adflin, Bront Palarae, Zain Saidin juga delegasi Aqsa Syarif yang berlepas ke Gaza pada 3 Disember lalu bertujuan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.



Sementara itu Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor turut berkata, usaha murni yang mereka jalankan ini bukan semata-mata mahu mendapat nama atau sebagainya. Sebaliknya misi mereka ikhlas iaitu mahu membantu mengurangkan penderitaan penduduk-penduduk di bumi bergolak itu. 

"Berkaitan dengan komen negatif itu, kami memang tak ambil sebarang nama dari mana-mana pihak. Aqsa syarif tak ambil nama, Afdlin Shauki tak ambil nama. Bront Palare pun tak ambil nama. Kita masing-masing nak membantu. Jadi kita menyeru dan mengajak semua termasuklah pihak yang memberikan komen-komen negatif itu, mari bersama-sama kami.

"Kami tak ada masa nak layan komen-komen negatif ni sebab kita ada banyak kerja dan perlukan banyak masa untuk melaksanakan usaha murni ini", tegasnya sambil kelihatan Afdlin yang berdiri di sebelah beliau mengangguk tanda setuju.

Lantas Afdlin menyambung.....Baca seterusnya.............

.

No comments: