Thursday 22 November 2012

ROGOL GADIS OKU : BURUH WARGA ASING DIPENJARA, SEBAT



Seorang buruh binaan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 penjara tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis terencat akal.


Riduan, 27 mengaku merogol mangsa yang berusia 15 tahun di rumah sewanya di Apartment Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor , 1 November lalu.


Tertuduh memaksa mangsa yang ketika itu sedang bermain di taman permainan kanak-kanak ke rumahnya, sebelum merogol mangsa. Tertuduh turut mengugut mahu membunuh mangsa jika kejadian itu dilaporkan. Mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan. 

Sumber: Berita TV9, TV9 / FB PDRM

No comments: