Kenapa? Terkejut? Tak percaya? Ini memang benar, tak tipu punya, cerita datang dari ‘media’ yang dipercayai!
Itulah situasi yang berlaku hari ini, begitu mudah kita mempercayai sesuatu, asalkan datang dari MEDIA BESAR, kita bulat-bulat percaya, kita tak tahu yang MEDIA BESAR nih mungkin juga PENIPU BESAR. Perlu diingatkan, Allah pernah berfirman tentang apabila terima berita dari orang fasik, dalam ayat 6, surah al-Hujurat, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Jika dilihat semula kisah Osama bin Laden dalam bentuk mudah, semuanya bermula apabila bangunan World Trade Center di US diserang 2 buah jet yang dikatakan dipandu oleh pejuang al-Qaeda. Kemudian didapati dalang serangan tersebut ialah ketua kumpulan ini, Osama bin Laden, lalu beliau dicari dan negara Afghanistan diserang atas tujuan ‘menjaga keamanan’. Banyak nyawa tak berdosa dibunuh, itu kau katakan ‘menjaga keamanan’?
10 tahun tempoh pencarian akhirnya Osama bin Laden berjaya ditemui dan dibunuh. Semua orang gembira. Mayat Osama dikuburkan di dalam laut, itu satu penghinaan kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun ini apa yang telah berlaku, makin amankah dunia?
Apa pula yang akan berlaku selepas ini?
Pertama, sebarkan berita kematian Osama, buat semua orang percaya, reka macam-macam cerita termasuk pernyataan isteri Osama bin Laden sendiri tentang kematian beliau di Pakistan.
Kedua, wujud pula pemimpin al-Qaeda baru, yang memberi ancaman balas dendam. Ini, merupakan tiket untuk terus menakluki negara Islam. Kenapa negara-negara Islam? Senang, sebab banyak hasil bumi yang boleh dicuri termasuk minyak mentah. Dalam masa yang sama imej Islam mudah dicalarkan.
Ketiga, yakinkan dunia bahawa dengan penaklukan US dan Yahudi di bumi Islam, dunia akan terus aman.
Persoalannya, betulkah Osama bin Laden ini wujud? Osama hanyalah watak dalam cerita Yahudi. Beberapa tahun lagi keluarlah movie “Osama bin Laden” di pawagam, kita pula menghabiskan masa dan wang menonton cerita tipu dalam tipu itu. Yahudi terus ketawa.
Tolonglah, semua ini sama sahaja dengan drama swasta yang kita tonton di kaca televisyen. Ini semua perancangan fitnah yang teliti. Rasulullah pernah bersabda bahawasanya akan datang fitnah besar di akhir zaman. Masih tidak percaya ini hanyalah fitnah Yahudi laknatullah semata-mata?
Kembalilah kepada Qur’an dan Sunnah, 2 perkara yang Rasulullah janji, kita tidak akan sesat selamanya jika kita berpegang teguh kepadanya, insyAllah.
kudinstory
SUMBER : http://www.jomberita.com/gempar-osama-ditemui-masih-hidup/
BP .......Wallahu'alam.....
No comments:
Post a Comment