Wednesday 14 November 2012

AWAS !!! SELEPAS EKONOMI, MEREKA MAHU KUASAI POLITIK MALAYSIA PULAK...!!!


Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah : "Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.." 
PapaGomo 

Siapa yang tak kenal dengan sifat ultra-kiasu puak DAP ni. Mereka mula menggunakan sentimen perkauman dalam meraih undi dan ingin terus berkuasa merampas Tanah Melayu dari UMNO. 

Benar! Ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh masyarakat Cina tapi bersyukur kita kuasa politik masih dipegang oleh Melayu. Kaum Cina mula bersatu bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara republik sama seperti Singapura. Maka secara tidak langsung, Melayu akan terpinggir dan tinggal Melayu BODOH dalam pakatan yang masih tak sedar.

Kita berada dalam tahap genting sekarang. Jika Melayu tidak bersatu dan meneruskan ego untuk merampas Tanah Melayu, aku percaya pada tahun-tahun akan datang adalah tahun sukar untuk survival orang Melayu dan Islam.

Bahasa kebangsaan akan ditukar, agama persekutuan akan ditukar, Sultan Melayu akan dihapuskan, Raja Berperlembagaan akan disingkirkan, azan dan masjid akan dimusnahkan. Apa lagi yang tinggal untuk sejarah bangsa Melayu di tanah tumpah sendiri?

Sedarlah wahai Melayu dalam PAS dan PKR. Demi mengejar kuasa dan harta adakah kalian sanggup melihat anak bangsa tergadai maruah? Dimana pendirian kalian yang berjuang konon demi Islam dan tidak Melayu. Lupakah kalian tentang asal usul sejarah kegemilangan Melayu dan kehancuran kerajaan Melayu Melaka?

Mohon sedarkan mereka demi anak bangsa kita. Tidak sudah tiada masa. Kaum Cina mula bersatu demi memerintah sebuah negara Melayu. Kita hanya akan menjadi pengemis di negara sendiri. Percayalah -   jawaber6

No comments: