Tuesday, 13 November 2012

NGEH KOO HAM SOKONG IZZAH


YB Dato' Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan isu kebebasan beragama.

Berbeza dengan Nurul Izzah dan Anwar yang dilihat cuba menggambarkan kenyataan Naib Presiden PKR di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, 3 November lalu sebagai manipulasi media, namun Ngeh Koo Ham yang dikenali sebagai James, nama Kristiannya melihat sebaliknya.
"Nurul sebagai Ahli Parlimen mempertahankan Perlembagaan Perkutuan. Artikel 11 (1), SETIAP INDIVIDU mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya,"kata Ngeh dalam twitternya yang turut disalin kepada Nurul Izzah dan Anwar.
Menurut Ngeh yang juga merupakan seorang peguam, Perlembagaan Persekutuan memberi hak kebebasan beragama mengikut pilihannya tanpa mengira kaum selepas seseorang individu itu telah mencapai umur 18 tahun ke atas.
"Kebebasan adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.
"Perlembagaan Persekutuan menyebut (individu) di bawah 18 tahun, agamanya adalah di bawah tanggungjawab keluarga. Namun selepas melepasi tahap umur itu, seseorang itu mempunyai kebebasan untuk memilih agama pilihanya,"katanya lagi.
Pandangan Ngeh senada dengan kumpulan muslim pro-murtad yang menyokong Nurul Izzah termasuk Siti Kasim (aktivis LGBT, pengaju soalan), Malek Imtiaz Sarwar (peguam pemerhati kes murtad Lina Joy) dan Sister In Islam.

No comments: