Beliau dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar tahunan PAS bersama beberapa buah kereta lain.
Ketika berhenti, jarak beliau dengan gajah tersebut kira kira 30 meter. Tanpa menyedari lampu sportlight beliau terlupa dipadamkan, menyebabkan gajah tersebut naik minyak.
Gajah tersebut diberitakan meluru ke arah kereta beliau dengan mengibaskan telinganya. Sumber menyatakan, ketinggian kereta beliau separas dengan lutut gajah.
Gajah yang kelihatan panik terus menanduk bahagian hadapan kereta Bob hingga berlubang.
Bob Lokman yang berada dalam kereta menjadi panik tanpa mampu berbuat apa-apa.
Sumber juga menyebut, tandukan gading gajah tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta yang dipenuhi barang terangkat.
Kejadian tersebut berlaku ketika pendakian berhampiran hentian puncak lebuhraya Timur Barat.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan selamat dan kini telah berada di Kelantan.

No comments:
Post a Comment