Saturday 13 October 2012

SUARA HATI LEE CHONG WEI MENJELANG HARI PERKAHWINANNYA...


  

Selepas 11 tahun menyulan cinta, pemain badminton No. 1 dunia, Dato Lee Chong Wei akhirnya  bersedia untuk sehidup semati dengan Wong Mew Choo pada 10 November 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Beberapa hari lepas, Chong Wei yang akan berusia 30 tahun pada 21 Oktober ini, akhirnya mendedahkan bahawa kesabaran Mew Choo yang telah memenangi hatinya.

'Saya telah mengenali Mew Choo sejak zaman junior saya dan kami telah bersama dan pernah terputus hubungan selama 11 tahun yang lalu.  Sudah tentu terdapat salah faham tetapi dia sentiasa berdiri di sisi saya', kata Chong Wei.




'Dia tahu saya dan suka saya walaupun ketika saya tiada siapa...... dan dia tidak pernah berubah.  Beliau telah menunggu saya untuk masa yang lama dan saya memutuskan bahawa ia adalah masa untuk mengahwininya.  Saya suka kualiti dalam dirinya'.

Wong Mew Choo adalah bekas pemain badminton perseorangan wanita utama negara sehingga dia bersara baru-baru ini.



Dikhabarkan, MSN Sport telah meninjau persediaan pra perkahwinan wira negara, Datuk Lee Chong Wei, 29 bersama pasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast. Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu & putih.

Beberapa hari lalu, Datuk Lee Chong Wei melalui NTV7 memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.


Difahamkan, antara tetamu jemputan beliau ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.

No comments: