SHAH ALAM - Dua pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di penjara tiga bulan atas kesalahan menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap 30 ekor kucing ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.
Mahkamah Tinggi di sini yang membuat keputusan tersebut semalam turut mengekalkan hukuman denda RM6,000 masing-masing ke atas Shahrul Azuan Adanan, 30, dan Yushairi Khairuddin, 29, atas kesalahan tersebut.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang hanya menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap setiap tertuduh.
Hukuman penjara berkuat kuasa semalam selepas Hakim Abdul Rahman menolak permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman tersebut.
Hukuman penjara berkuat kuasa semalam selepas Hakim Abdul Rahman menolak permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman tersebut.
- Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment