Tuesday 23 October 2012

DIJEL AKIBAT SALAH RAMAL GEMPA BUMI

Sekadar hiasan

ROM - Enam saintis Itali dan bekas pegawai kerajaan dijatuhi hukuman penjara lebih enam tahun dan mahkamah mendapati mereka bersalah kerana menyebabkan ramai maut dalam kejadian gempa bumi di L'Aquila pada 2009.

Pihak pendakwa berkata defendan memberi kenyataan palsu dengan meyakinkan orang ramai sebelum kejadian gempa berlaku manakala pihak pembelaan menegaskan memang tiada cara untuk meramalkan kejadian gempa.

Gempa bumi 6.3 magnitud menyebabkan 309 terbunuh.

Sebelum kejadian, terdapat gegaran-gegaran kecil berlaku pada bulan-bulan sebelum gempa bumi yang turut memusnahkan banyak pusat bersejarah.

Hakim Marco Billi mengambil masa lebih empat jam bagi membacakan keputusan dan perbicaraan bermula sejak September 2011.

Kesemua anggota Suruhanjaya Kebangsaan Ramalan dan Pencegahan Risiko dituduh menyediakan ramalan tidak tepat, tidak lengkap dan bercanggah sebelum gempa bumi berlaku pada 6 April 2009.

Peguam bagaimanapun akan merayu berhubung keputusan itu ~  SH

No comments: