“Sejak awal penerbitan akhbar ini kira-kira lima tahun lalu, adalah menjadi prinsip kami untuk melaporkan apa sahaja berdasarkan kebenaran, bukan putar belit fakta untuk melariskan jualan”, tegas Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abd Jalil Ali.
Ini susulan daripada dakwaan pemimpin PKR Azmin Ali dan Shuhaimi Shafiei yang membuat kenyataan peribadi terhadap masalah dalam Pakatan Pembangkang.
Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan pada muka depannya berita bertajuk, ‘MB Baru Selepas PRU13’ dengan Azmin Ali membayangkan kemungkinan Selangor akan kehilangan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Sewaktu kenyataan ini dibuat oleh Azmin Ali dibuat di Parlimen, bukan saja wartawan Sinar Harian berada di situ malah turut disaksikan beberapa wartawan lain.
Namun, keesokan harinya dalam sebuah laman portal Pengerusi PKR Selangor itu menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataannya itu disalah laporkan oleh Sinar Harian.
Akhbar Sinar Harian tidak akan memutar belitkan fakta, sebaliknya menyiarkan setiap laporan berdasarkan kebenaran, tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan seiring dengan motonya, Telus dan Tulus.
Setiap berita, rencana dan gambar yang disiarkan berdasarkan sumber sahih yang diperoleh menerusi temubual secara langsung, panggilan telefon atau peristiwa di tempat kejadian.
“Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar, tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor. Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan,” katanya.
Khusus kepada pemimpin politik sama ada Pakatan Pembangkang dan BN, janganlah menuduh wartawan sebarangan khususnya mengeluarkan kenyataan yang datangnya dari mulut sendiri dan kemudian menafikan hal tersebut. Ini bukan saja menjejaskan kreadibiliti pemimpin tersebut bahkan menunjukkan sikap sebenr pemimpin tersebut yang gemar berbohong seperti Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment