Tuesday 30 October 2012

ABBY ABADI DAN HAIRIE OTHMAN PATUT AJAR LELAKI KASANOVA NI CARA KAUT WANG DENGAN MUDAH DI PENTAS CERAMAH PAS...!!!!

Apa agaknya 'tazkirah' yang akan disumbatkan ke telinga lelaki kasanova ni seandainya pelakon lelaki dan wanita yang sedang hangat di pasaran sekarang ini setelah bertukar profession menjadi ustaz dan ustazah jemputan terlampau di pentas-pentas ceramah PAS,Abby Abadi dan Hairie Othman, bertemu dengan lelaki kasanova tersebut..??? Mereka patut mengajar lelaki licik tersebut untuk meraih keuntungan dan dana melalui pentas ceramah PAS......!!!!





Semalam, melalui Kosmo, teman telah muatkan artikel mengenai seorang lelaki kasanova yang memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah. Lelaki kasanova itu bernama Marzuki, mengaku bekerja sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu,  berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun. Lihat .... DI SINI

Hari ini, Kosmo mendedahkan pula bagaimana lelaki licik tersebut kini umpama cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.
"Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat.
"Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika memaklumkan hal itu kepadaKosmo! 

Salsabila juga memberitahu, selain menggunakan nama Marzuki, lelaki licik itu juga menggunakan nama Amir di laman web MyJodoh.net itu.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita dan berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta hasil duit sebagai kasanova.

Sementara itu, seorang lagi mangsa berkata, dia turut dihubungi Marzuki yang tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya.
"Saya dah tak peduli kerana saya akan berjumpa dengan polis hari ini (semalam) untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya.
Dalam reaksi segera jurucakap laman web berkenaan, pihaknya memandang serius perkara itu.
"Laman web ini sebenarnya telah banyak menyatukan pasangan hingga ke gerbang perkahwinan dan kami kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menipu orang lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan menerima laporan daripada beberapa mangsa kes ini.
"Kita sedang giat mencari suspek dan pada masa sama telah memanggil pengadu-pengadu untuk melakukan siasatan menyeluruh.
"Polis turut menggesa wanita-wanita lain yang pernah terjerat dengan lelaki kasanova itu tampil ke depan membuat laporan," tegasnya.
***Abby Abadi dan Hairie Othman, ini cabaran buat anda berdua. Daripada menyumpah seranah dan kutuk mengutuk sambil tabur fitnah mengumpat mengata UMNO..... pi la jumpa lelaki kasanova tu yer!!!!!!
Dipaparkan gambar lelaki licik itu, mungkin berguna buat ustaz dan ustazah .......hehehe...
Teman tak jumpa gambarnya yang single, gambar ni dari Kosmo, Marzuki bersama isterinya di salah satu lokasi percutian dalam negara........ (psssst....gamaknya bercuti tu guna duit dari menipu tu kot ye.... sian bini dia kannnnnnn...)

No comments: