Thursday 19 July 2012

RAMADHAN 1433 H/2012.... UMAT ISLAM MULA BERPUASA 21 JULAI 2012





KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu itu.
   
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
   
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
   
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Bernama

No comments: