Sebanyak sembilan buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara dikompaun Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555) yang membabitkan nilai RM222,000.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, nilai kompaun tersebut mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu RM900,000.
“Kebanyakan kompaun terhadap IPTS itu dikeluarkan atas kesalahan mengendalikan kursus dan program pengajian yang tidak diiktiraf kerajaan.
“Sehubungan itu, kita berharap kesemua IPTS dapat bekerjasama dengan kementerian bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang berkualiti," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Kementerian Pengajian Tinggi bersama IPTS Zon Sarawak di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment