Monday, 7 May 2012

NIK AZIZ DAN EXCO DIDESAK LETAK JAWATAN..!!!



MACHANG  -  Lebih 1,000 penduduk telah mengadakan demonstrasi secara

aman bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri,


Datuk Md. Ainizam Abdul Rahman meletak jawatan.

Desakan tersebut dibuat berikutan kedua-dua pemimpin itu dikatakan sedang 


dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Demonstrasi dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan 


berlangsung kira-kira pukul 10 pagi kelmarin di pusat bandar ini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, pihaknya mewakili rakyat Kelantan mahu Nik 


Abdul Aziz dan Md. Ainizam segera melepaskan jawatan bagi menghormati 


siasatan berhubung isu penyelewengan air oleh SPRM terhadap mereka.

Katanya, kedua-dua pemimpin berkenaan harus mengambil tanggungjawab 


dalam kes tersebut kerana rakyat sudah tidak tahan dengan permainan politik 


mereka.

"Kedua-dua pemimpin ini harus meletakkan jawatan dengan segera, jika 


masih ingkar kami akan menjelajah bersama rakyat di seluruh Kelantan bagi 


terus mendesak mereka bertindak demikian.

"Saya ingin mengambil contoh dalam isu National Feedlot Corporation Sdn. 


Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengambil langkah 


melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan 


Masyarakat kerana bertanggungjawab terhadap suaminya yang sedang 


disiasat. Kedua-kedua pemimpin ini juga harus melakukan perkara yang 


sama," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azmi menambah, Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar sepatutnya memainkan 


peranan menjaga kebajikan rakyat, namun apa yang mengecewakan ia berlaku 


perkara sebaliknya.

Ujarnya, masalah asas seperti ketiadaan bekalan air bersih telah berlaku 


sejak kerajaan Pas Kelantan memerintah lebih 21 tahun namun tidak pernah 


ada usaha konkrit menyelesaikannya.

"Lebih mengecewakan peruntukan kira RM600 juta daripada Kerajaan Pusat 


untuk mengatasi masalah berkenaan telah disalahgunakan.

"Wajarkah pemimpin seperti itu diberi ruang lagi untuk memerintah Kelantan. 


Rakyat diminta nilailah dengan bijak," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Teruskan.....buat demo pulak di Kelantan, sekurang biau dia tau yg bukan semua rakyat Kelantan suka cara dia....
Nik Aziz memang sorang yg tamak kuasa sejak gabungan BN/PAS lg, beliaulah orgnya yg bersungguh membubarkan kerjasama PAS/UMNO setelah tidak dpt jawatan KM...