Tuesday 8 May 2012

MAJLIS PEGUAM SEMBUNYI FAKTA RUSUHAN BERSIH 3.0

alt

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2012 - Majlis Peguam menerima tamparan apabila seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon, dari J Kaur, Ranjit & Associates mempertikaikan badan professional guaman itu yang didakwa menyembunyikan fakta bahawa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah memasuki kawasan larangan justeru melanggar perintah mahkamah.

Dalam satu rakaman video di youtube selama 7.27 minit, peguam tersebut memberikan pandangan beliau secara professional dan bebas mengenai rusuhan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 (rujukwww.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=69dLDyVJFWA)

Beliau nyata hairan dengan sikap Majlis Peguam yang sepatutnya bertindak sebagai badan professional yang bebas, selaras dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976, namun tidak berbuat demikian.

Ranjit turut mempersoalkan badan professional guaman itu yang tidak mengambil pendekatan menghubungi semua pihak dan agensi yang terlibat sebelum menerbitkan satu laporan terperinci dalam isu rusuhan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0
 LAGI... DI SINI

No comments: