Tuesday 8 May 2012

PAS KACAU-BILAU ~ SEKEJAP KATA HARAM SEKAJAP KATA HALAL

Ketua Pemuda PAS kata, Yahudi tetap haram walau apa bentuk urusniaga pun


Ketika UMNO diserang bertubi-tubi berhubung isu APCO, PAS antara parti yang kuat mengunakan nas dan dalil untuk menyatakan bahawa haram bagi umat Islam bekerjasa dengan Yahudi. Walaupun tidak pernah wujud kerjasama UMNO dengan APCO, tetapi PAS tidak henti-henti untuk cuba kaitkan kononya wujud kerjasama antara kerajaan BN dengan Yahudi Israel. Ketua Dewan Ulama PAS mengeluarkan kenyataan bahawa Yahudi tetap haram untuk umat Islam memberi kerjasama.
 

Presiden PAS Kata Boleh Kerjasama Dengan Yahudi

Tetapi, PAS terus ubah pendirian bila mana Anwar Ibrahim yang pernah memberi kenyataan kepada WSJ bahawa beliau akan menyokong penuh usaha menjaga keselamatan negara Israel. Ketika isu ini, Anwar Ibrahim telah diserang bertalu-talu oleh pelbagai pihak kerana tindakan beliau yang menyokong negera Israel. Tetapi yang pelik, Haji Hadi terus keluarkan kenyataan bahawa "Boleh Kerjasama Dengan Yahudi". Jika sebelum ini Ketua Dewan Ulama Pemuda PAS cakap Yahudi tetap haram, tetapi Haji Hadi kata BOLEH. Apa sudah jadi dengan PAS. Mana satu yang rakyat nak terima? Boleh atau tidak sebenarnya kerjasama dengan Yahudi?

Perkara ini jelas telah wujud keraguaan dalam pemikiran PAS. Fahaman "Muktazilah" semakin menular dalam parti PAS. Bila sesuatu itu memberi keuntungan kepada mereka, sudah pasti ianya halal. Tetapi bila mana ianya tidak memberi keuntungan kepada mereka, sudah pasti haram. PAS akan gunakan al-Quran sebagai ikutan jika selari dengan kehendak mereka, tetapi jika al-Quran tidak selari dengan kehendak parti mereka, PAS akan merujuk kepada ketua mereka, Inilah fahaman "Muktazilah" yang semakin menular dalam parti PAS. Al-Quran dirujuk semata-mata untuk memburukkan pihak lawan bukanya untuk mengajak ahli parti ke jalan Allah. Sebab itu PAS kata Haram bergabung dengan UMNO dan halal berkawan dengan DAP.

Jelaslah bahawa PAS semakin lama semakin mengelirukan rakyat. Berapa ramai pengikut PAS yang tidak suka apabila PAS terus pertahankan Anwar Ibrahim yang nyata proksi kepada Israel. Lagi yang tidak boleh diterima oleh ahli PAS bila mana PAS sanggup menjadi kuda kepada Kristian DAP.

-Sokong Islam Anda Selamat, Sokong PAS Anda Sesat-
~  TOK GURU 86  ~

2 comments:

shah said...

kalau tak nak support israel (tak kira la pas atau umno),utk starter siapa yg pakai intel latest ada name 'core' tu, boleh buang. sebab tu hasil research intel bahagian israel dan kita pun import processor dari mereka.

tu baru satu la, tu pun kalau orang2 politik ni serious nak tau. ke ckp2 nak dapat sokongan je?

P/s: aku menaip ni gunakan laptop yg guna Intel Core i5. aku sikit pun tak heran pasal boikot2 ni sebab aku tak nak hipokrit.

Anonymous said...

pasal chip intel ni Khairy Jamaludin pernah ada bagitau dalam debat dia dengan Ambiga.