KINABATANGAN: Seorang isteri maut ditikam suaminya yang marah kerana isterinya menegurnya malas untuk membantu membuat kerja rumah.
Ia berlaku di rumah pekerja sebuah ladang sawit di Ladang Genting Tanjung, Kampung Arau di sini 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu, berkata selepas menikam isterinya, suspek cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebanyak sembilan kali.
“Wanita itu yang dikenali sebagai Intan Bago berusia lingkungan 30-an, mati di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga berusia 30-an berada dalam keadaan kritikal dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu,” katanya.
Beliau berkata, mengikut laporan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri warga Indonesia itu selepas anak kecil mereka menangis.
“Mangsa yang berada di dapur lalu menegur suaminya kerana tidak mahu membantunya mengurus kerja rumah. Suspek yang naik berang dengan teguran itu lalu meluru ke dapur dan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.
“Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi rebah berhampiran pintu belakang rumah itu dan suaminya yang panik dengan keadaan itu bertindak menikam diri sendiri untuk membunuh diri,” katanya.
- BERNAMA
1 comment:
Dunia sekarang memang dah akhir zaman ... banyak benda2 pelik terjadi ...
apa-apa pon Mai la jenguk-jengok kat blog SyedAbuSayyaf ... video sempoi punya dok ada ...
http://syed-abu-sayyaf.blogspot.com/2012/05/nyonya-biadap-bersih-di-bershitkan.html
Post a Comment