Saturday 12 May 2012

ARTIKEL BERUNSUR FITNAH : PORTAL MALAYSIAKINI MOHON MAAF KEPADA ZARINAH

alt

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2012 - Pemilik portal Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd secara rasmi mengeluarkan satu artikel permohonan maaf kepada Ketua Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Zarinah Anwar atas penerbitan sebuah artikel berbentuk fitnah dan berniat jahat, Jumaat, 11 Mei 2012.

Sebelum itu, portal tersebut telah menerbitkan semula sebuah artikel pada 14 Mac 2011, yang diambil dari laman web Asia Sentinel "And another one bites the dust” karangan editor Mr. M.A. Wind yang jelas menunjukkan beberapa beberapa kenyataan dan dakwaan yang terkandung dalam artikel tersebut berunsur fitnah dan tidak benar.

Semalam, 11 Mei 2012, Mkini Dotcom Sdn Bhd mengakui telah melakukan satu kesilapan yang serius dalam menerbitkan artikel berunsur fitnah dan mengiktiraf imej dan kredibiliti bekas Ketua Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tercalar.

Mkini Dotcom Sdn Bhd turut mengakui penerbitan artikel tersebut dilakukan tanpa terlebih dahulu melihat kepada fakta dan telah secara ikhlas meminta maaf kepada Tan Sri Zarinah Anwar.

Pemilik portal tersebut turut menarik kembali semua dakwaan-dakwaan yang tidak benar ke atas beliau semasa Tan Sri Zarinah Anwar memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

No comments: