Wednesday, 16 May 2012

ALHAMDULILLAH....MB PERAK ISLAMKAN 161 SAUDARA BARU

SIMPANG PULAI - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengislamkan seramai 161 orang saudara baru di Majlis Pengislaman Beramai-ramai di Surau Kampung Orang Asli Kerawat, Simpang Pulai petang tadi.

Dr Zambry telah mengangkat pengucapan dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali dengan diikuti kesemua 161 saudara baru dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Datuk Haji Mohamed Yusof Hussain.

Terdahulu Dr Zambry dalam ucapannya di majlis itu mahukan kesemua saudara baru terbabit terus mendalami ilmu agama sebagai panduan untuk menghadapi kehidupan dan cabaran hidup yang mendatang.

Katanya, menuntut ilmu keagamaan itu amat penting kerana ia dapat menjadikan mereka seorang insan yang berilmu dan berguna kepada agama dan bangsanya.

"Agama Islam itu agama yang baik kerana ia menerangkan tentang kedamaian, kasih sayang, perpaduan dan bukan agama yang menganjurkan permusuhan,’’ katanya.
Menurut Dr Zambry apabila mereka sudah memeluk Islam tidak bermakna golongan yang bukan Islam dikalangan mereka perlu disisihkan.

Katanya Islam tidak menganjurkan sikap memisahkan diri dari bercampur dengan masyarakat bukan Islam.

Sebaliknya, kata Dr Zambry Islam menggalakkan umat mengukuhkan perhubungan sesama insan tanpa mengira latar belakang agama dan dimana sekalipun mereka berada. 

Pada majlis itu beliau meluluskan peruntukan RM150,000 bagi pembinaan padang futsal di kampung berkenaan bagi kemudahan bersukan untuk para belia.

Dr Zambry juga menyampaikan replika kunci surau baru Kampung Orang Asli Kerawat dan replika kunci van jenazah untuk kegunaan masyarakat Islam dikampung terbabit. - PerakNews

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...slmt dtg wahai sdara islamku hm agak2'y khalid ibrahim dh brpe org dia islam kn ye?..hihihi

Anonymous said...

Alhamdulillah...Syukur pd Allah...Taufik dan Hidayah dtgnya Dari Allah...kita hambanya hanya berusaha untuk mengembangkan agama Islam yg murni ini kepada seluruh umat manusia di alam ini....