Wednesday, 16 May 2012

VIDEO SEDIH PESAKIT JANTUNG RAIH 1.3 JUTA PENONTON

Video Sedih Pesakit Jantung Telah Ditonton 1.3jAustralia – Video menyayat hati yang dihasilkan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Shaun Wilson-Miller yang menghidap penyakit jantung kritikal telah berjaya menarik perhatian ramai dan sudah ditonton oleh 1.3 juta orang.
Video itu sepatutnya dihasilkan sebagai ucapan selamat tinggal kepada rakan dan keluarganya di dalam facebook memandangkan dia hanya diberikan masa beberapa bulan sahaja untuk hidup.
Namun akibat masalah teknikal, ia telah dimuat naik dalam Youtube secara tidak sengaja oleh Shaun.
Tanpa disedarinya, selepas bangun tidur keesokan harinya, video itu telah ditonton oleh 10,000 orang.
Klip video itu dirakam tengah malam selepas dia dimaklumkan oleh doktor bahawa badannya menolak jantung baru yang diterima melalui pemindahan organ untuk kali kedua.
Shaun juga tidak boleh lagi menjalani pembedahan untuk kali ketiga.
Selepas mendengar berita sedih itu, Shaun merakamkan pesanan menggesa supaya rakan dan keluarganya menjaga diri dan bapanya selepas dia tiada lagi.
“Saya tidak akan berada lama di sini namun saya ingin memberitahu bahawa saya tidak menyesal kerana saya telah menjalani kehidupan yang menggembirakan,’’ katanya dalam klip tersebut.
Sejak tersebarnya klip video yang menyedihkan itu, Shaun telah dijemput untuk ditemubual dalam beberapa rancangan televisyen.
Dia juga sudah bertemu pemain bola sepak kegemarannya iaitu Jobe Watson dan yang penting telah bertemu seorang gadis seorang pesakit jantung.
“Ia adalah cinta. Perkara paling sukar bagi saya ialah meninggalkannya dan tidak sempat untuk berkahwin, mempunyai cahaya mata dan mengecapi hari tua bersama,’’ katanya.

No comments: