Monday 14 May 2012

33 WARGA MALAYSIA DIBURU INTERPOL


SERAMAI 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial.

Antara kesalahan tersebut adalah penipuan dokumen seperti memalsukan kematian dan kad kredit, penipuan dalam urusan pinjaman wang, kecurian maklumat serta penipuan dalam teknologi maklumat.

Sumber memberitahu, kebanyakan suspek dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditangkap selepas dikesan melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, selain jenayah komersial, terdapat lima rakyat Malaysia dikehendaki oleh Interpol kerana terlibat dalam jenayah pelarian, tiga orang berkaitan penyeludupan dadah dan masing-masing seorang berkaitan jenayah alam sekitar serta terorisme.

Utusan Online

2 comments:

Anonymous said...

Silap silap boleh jadi isu ni... salah UMNO..

ayie70 said...

ha ahhh...sumerr salahh UMNO.....puihhhh....PR jerr laa yg baiknyaaa....aiskrim konekto satuuu....