Sunday 8 April 2012

NATASHA HUDSON BERNIKAH KALI KE-3


TIDAK PERNAH SERIK UNTUK MEMBINA KEBAHAGIAAN SEBUAH RUMAHTANGGA..........

PELAKON dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan Khalid Kamal,33 pada 15 April ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.
Tarikh dan lokasi pernikahan ini disahkan sendiri oleh pelakon filem Chermin itu menerusi kiriman pesanan ringkas yang dilayangkan sebagai undangan ke majlis bermakna berkenaan.
Sementara itu, laporan Berita Harian semalam turut mengesahkan, bahawa Natasha Hudson bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh berkenaan.
Menurut Natasha Hudson dalam akhbar perdana berkenaan, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup dan hanya mereka yang diundang, termasuk pihak media akan ke hari bersejarah itu.
Natasha Hudson telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Nessa Helena menerusi perkahwinannya sebelum ini.
Merupakan perkahwinan ketiga buatnya, perkahwinan pertama Natasha Hudson bersama seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin.
Manakala perkahwinan kedua Natasha Hudson bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.
Berita Natasha Hudson ingin mendirikan rumah tangga mula tersebar selepas dia pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.
Bakal suami Natasha merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri .
- Murai.com

No comments: