Saturday 17 March 2012

POLITIK PUNYA PASAL : NASI DAN TOMYAM PUN BOLEH BERGADUH!!!

Semalam Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi mangsa kecaman bertubi-tubi daripada pembangkang, semata-mata kerana tomyam.
Keadaan bertukar menjadi kecoh apabila Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bangun menuduh Tajuddin menghina penduduk Kelantan.
Keadaan memuncak sehingga Tajuddin mencabar Salahuddin mengulangi kenyataannya di luar dewan terutama selepas wakil PAS itu menyentuh isu peribadi wakil Pasir Salak.
“Saya kata kerajaan PAS gagal wujud peluang ekonomi kepada rakyat Kelantan, bukan hina penjual tomyam Kelantan… Mereka terpaksa keluar negeri untuk jual tomyam,” kata Tajuddin berulang kali.
Tajuddin ketika itu sedang membahaskan Titah Diraja mendakwa pemimpin pembangkang itu sengaja memutar-belit fakta, selain cuba menyentuh hal peribadinya.
“Jangan nak belit-belit. Saya tak hina penjual tomyam, tetapi kerajaan PAS gagal (sediakan peluang pekerjaan). Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita. Kita dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana?
“Apa yang kerajaan Kelantan dah buat selepas 22 tahun memerintah. Mana rancangan tanah seperti FELDA,” katanya.
Salahuddin kemudian berulang kali meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu.
“Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam. Harta dia halal. Jangan hina orang Kelantan,” katanya.

Sebab Politik Punya Pasal...Tomyam Dan Nasi Hujan Panas Pun Boleh Jadi Gaduh! 

Itu di Parlimen. Di Pulau Pinang pula lain ceritanya.
Menurut Harian Metro, seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, didakwa telah melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelaki seorang warga tua di Kampung Pulau Betong 4 Mac lalu.

“Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan.
Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.
Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.
“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.
“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.
“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.
“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.
“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.
“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.
“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.
Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.

No comments: