Saturday 17 March 2012

JANJI MANISMU..!!!!


Janji janji manis pembangkang untuk meraih undi :-

1. Janji melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan di setiap majlis perbandaran dan majlis daerah masih tidak dikotakan oleh DAP

2. Janji Kerajaan PAS untuk memberikan kebebasan kepada kakitangan awam untuk menyertai parti politik secara aktif tanpa sebarang sekatan,masih tidak dilaksanakan.

3. Janji kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat memberikan cuti bersalin selama tiga bulan kepada kaum wanita bekerja di negeri pentadbirannya, masih tidak dikotakan.

4. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai kediaman sebanyak 20 % dan cukai premis komersial 10% tidak ditunaikan.

5. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk meyediakan modal dan kadar sewa premis paling minimum kepada belia dan surirumah yang berminat menjalankan perniagaan tidak ditunaikan.

6. Janji kerajaan Pakatan Rakyat membela nasib golongan miskin seperti petani dan nelayan supaya mampu mempunyai pendapatan melebihi dari garis kemiskinan tidak tercapai.

7. Jani kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan skim Rukun Tetangga dengan sistem yang lebih cekap di kawasan perumahan tidak dilaksanakan.

8. Janji kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membatalkan tol dan caj parking letak kereta pada hujung minggu di Pulau Pinang tidak dilaksanakan.

9. Janji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menutop kilang arak masih belum ditunaikan malahan ditambah besar lagi.

10 Janji Pakatan Rakyat untuk melenyapkan kes kes murtad juga tidak dilaksanakan malahan disokong pula oleh para pemimpin pembangkang agar mereka yang mau murtad dibenarkan berbuat demikian.



Satu daripada janji pembangkang ialah untuk meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap RM 4,000 dalam tempoh lima tahun ,menjelang 2015. Untuk melaksanakan janji ini, mereka memerlukan sekurang kurangnya RM 93.9 billion setahun untuk diagihkan kepada 3.8 juta isirumah berpendapatan rendah dengan kadar imbuhan purata RM 2,045 bagi seorang isi rumah.

Ulasan : Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Pemandu (Perfomance Management & Delivery Unit), Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), dan Kementerian Kewangan terhadap segala janji pembangkang dalam buku Jingga, negara akan mengalami bajet defisit sebanyak 27.5 % daripada KDNK bagi tahun pertama pelaksanaan janji janji tersebut. Kerajaan perlu membelanjakan RM 199 billion lagi wang pembayar cukai untuk memenuhi belanjawan itu dan seterusnya akan melonjakkan lagi hutang kerajaan kepada RM 617.1 billion. Jika ini berlaku, cukuplah dua tahun sahaja untuk hancur ekonomi Malaysia dan Malaysia muflis.

Kesimpulan : janji akan tinggal janji kerana puak pembangkang tidak pernah memikirkan kepentingan rakyat. Segalanya adalah retorik dan sekadar menarik undi. Kuasa telah melampaui batasan akidah dan kepentingan rakyat. 




OLEH ITU :

 


SEKALI LAGI :


 

TQ : AH

No comments: