Saturday, 17 March 2012

BLOGGER DI SARAN TERAPKAN NILAI2 KECINTAAN KEPADA NEGARA

Dr. Rais Yatim menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada pemenang kategori Blog Gaya Hidup Terbaik Sepanjang Tahun, Safial Eqbal Zakaria pada Majlis Anugerah Media Sosial di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, malam tadi. Turut kelihatan Pengerusi Anugerah Media Sosial, Shahrul Hamid (kiri) dan Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman (kanan). - UTUSAN


KUALA LUMPUR  - Pengamal media baharu termasuk penulis blog disaran menerapkan rasa cinta kepada negara serta sistem demokrasi yang menjadi amalan di negara ini.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan itu harus bijak memilih sama ada mahu menjadi seorang penulis blog biasa atau seorang aktivis sosial.


Katanya, seorang blogger biasa mempunyai niat untuk menyakiti perasaan orang lain manakala seorang aktivis sosial pula menulis untuk membina sebuah dunia yang lebih baik.


"Kita mahu melihat Malaysia yang lebih baik berteraskan toleransi penduduk berbilang kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.


"Ini kerana, penulisan blog melalui media sosial akan melahirkan satu kehidupan baru meskipun ada pihak mengatakan kumpulan itu memainkan peranan negatif.


"Tetapi kita perlu lihat dari sudut yang positif kerana ia dalam kata lain dapat membentuk negara bangsa yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Anugerah Penulis Blog dan Media Sosial 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Anugerah tersebut mempertandingkan 30 kategori termasuk Blog Politik Terbaik yang dimenangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Ikon Media Sosial Tahunan pula dimenangi artis popular, Aznil Nawawi.

No comments: