LONDON - Jenazah bekas ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat (AS), tetapi mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar di satu lokasi rahsia.
Beberapa e-mel yang didakwa diperoleh oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous mempertikaikan kenyataan rasmi White House mengenai tempat persemadian terakhir Osama.
E-mel tersebut dipercayai sebahagian daripada 2.7 juta e-mel yang dibocorkan oleh Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor dan dikongsi bersama dengan WikiLeaks.
Stratfor menyifatkan penggodam sebagai 'pencuri' dan memberi amaran sesetengah e-mel itu mungkin dipalsukan atau dipinda.
Menurut e-mel tersebut, Osama ditembak mati semasa serbuan komando SEAL tentera laut AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2001 dan mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar.
Sejurus selepas Osama dibunuh dalam serbuan itu, pentadbiran Presiden AS, Barack Obama berkata, jenazah ketua al-Qaeda itu diturunkan ke laut selepas diurus dan disembahyangkan di atas kapal perang USS Carl Vinson.
Namun, dalam e-mel yang disalurkan oleh Anonymous kepada WikiLeaks, Naib Presiden Stratfor bagi Perisikan, Fred Burton berkata, beliau meragui versi White House mengenai apa yang berlaku kepada mayat Osama.
Kata Burton dalam e-mel itu, mayat Osama diterbangkan ke Dover di negeri Delaware, AS dengan sebuah pesawat Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan seterusnya ke Institut Patologi Angkatan Bersenjata di Bethesda, Maryland.
Dakwaan itu sudah pasti memarakkan lagi teori konspirasi, terutamanya kerana Institut Patologi yang disebut oleh Burton itu ditutup pada 15 September 2011, empat bulan selepas pembunuhan Osama.
Bagaimanapun dalam kenyataan pada 27 Februari lalu, Stratfor berkata, pihaknya tidak akan mengesahkan mana-mana e-mel yang dibocorkan itu, yang sesetengahnya mungkin dipalsukan atau dipinda dengan memasukkan maklumat tidak tepat. - Agensi

No comments:
Post a Comment