Saturday 3 March 2012

HARGA MINYAK MENTAH DUNIA MELONJAK

Harga minyak melonjak tinggi hari ini (laporan semalam) susulan ketegangan ke atas pengeksport minyak mentah utama dunia, Iran dan peningkatan positif data ekonomi China serta Amerika Syarikat (AS).
Kontrak utama New York bagi penghantaran minyak mentah jenis light sweet pada April depan ditutup AS108.84 setong meningkat AS$1.77, Rabu lalu.
Di London, minyak mentah jenama Brent North Sea bagi penghantaran April depan melonjak AS$3.54 kepada AS$126.20.
“Peningkatan harga minyak mentah digunakan bagi menjana keuntungan…dengan keadaan Iran sekali lagi dilihat sebagai pemacu pasaran utama dunia,” kata penganalisis di Institut Penyelidikan Kewangan Sucden, Jack Pollard. 
Namun begitu, dilaporkan bahawa pengeluar-pengeluar minyak global mempunyai kapasiti bekalan minyak tambahan yang mencukupi bagi menampung eksport minyak Iran yang kini mengalami sekatan, menurut Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Steven Chu.
Chu berkata, sekatan itu penting untuk mengekang jualan minyak Iran bagi memastikan Tehran tidak membangunkan senjata nuklear, meskipun Laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga menunjukkan bekalan adalah sangat terhad.
''Terdapat kapasiti tambahan dan kami percaya - kita akan lihat - tetapi saya berpendapat kapasiti tambahan mencukupi.
''Kami sedang cuba mempengaruhi Iran bagi kepentingan terbaiknya, supaya tidak melakukannya,'' kata Chu sambil menegaskan pihaknya akan melakukan apa sahaja untuk membantu menstabilkan harga-harga minyak termasuk meneroka rizab-rizab strategik.
***Pembangkang sedang cuba mengintai peluang untuk menyerang kerajaan jika harga minyak pun turut naik di Malaysia..... hehehe.... Ingat menteri kat Malaysia ni bahlol2 mcm korang ke..??? 

No comments: