Monday 6 February 2012

PENAHANAN EX-BF ELLY WONG DI BATAM OLEH IMIGRESEN INDONESIA BAKAL MELETOPKAN KEMBALI FOTO SENSASI EXCO SELANGOR ITU..???

Kerajaan Selangor mengambil berat tentang spekulasi laporan penahanan seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran foto Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong, oleh pihak berkuasa Indonesia.


Lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas foto Elizabeth dalam keadaan bogel tersebar dalam Internet pada 2009 dan lelaki itu juga dikehendaki oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan mengenai penyebaran foto-foto itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor di sini hari ini, kerajaan negeri akan meneliti laporan itu dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Isu ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan,” menurut kenyataan itu lagi.

Portal berita Free Malaysia Today hari ini melaporkan bahawa pihak imigresen Indonesia telah menahan seorang lelaki di Batam Jumaat lepas yang dikatakan mungkin bekas teman lelaki Elizabeth. – BERNAMA

No comments: