Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam semalam apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Mereka sebenarnya sengaja menimbulkan provokasi terbaru. Ada laporan awal menyebut Safwan patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.
(GAMBAR: Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)
Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.
Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.
Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.
“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.
Beliau juga mendesak pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.
Police brutality yang didakwa oleh sesetengah pihak seperti Nurul Izzah atau parti pembangkang hanya merupakan topik untuk mencari kesalahan pihak berkuasa dan kerajaan BN. Padahal, sesiapa pun mesti menerima sebarangan implikasi daripada kebengongan mereka melanggar undang-undang.
Rakan blogger Double Y melaporkan :Malah, tindakan Adam Adli serta perusuh keldaian parti pembangkang itu sebenarnya bertindak kurang ajar serta biadap dan sengaja mencari gaduh. Mereka sebenarnya sengaja mahu ditahan dan bertindak agresif!
Satu sms dihantar kepada saya sebentar tadi oleh seorang mahasiswa UPSI yang mengatakan bahawa sekumpulan pelajar mula berkumpul semula di hadapan Klinik Syifa. Adam Adli dan rakan-rakannya berkumpul selepas sahaja dibebaskan dari tahanan polis.
Berikut sms yang dihantar :"Salam. Demi Alif Ba Ta. Diaorg dh berkumpul smula dpn klinik syifa. Adam baru dilepaskan dari balai slim river. Jom kumpulkn bdk2 kita. Sebarkan n halau petualang ini."Saya melihat perkara ini semakin serius, jika gagal dihalang ianya bakal mengundang kepada pertembungan dua kuasa mahasiswa. PDRM sila bertindak! seterusnya
Segala pembohongan siswa Adam Adli & the gang itu dibongkar oleh Facebooker di bawah :
Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI di dalam laman facebooknya menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis. Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Klinik rakan MiM rosak disebabkan oleh perusuh siswa keldaian pembangkang!
LIHAT APA KOMEN PELAJAR UPSI SENDIRI...
BERIKUT ADALAH KRONOLOGI LENGKAP KEJADIAN TERSEBUT :
1 Januari 2012 menjadi satu tuitik tolak kepada kepeningan Brader Jai terhadap golongan-golongan Solidariti Minoriti Mahasiswa and the gang.Cam biasalah huru-hara tu dah jadi makanan dorang.Demm
Sekitar jam 1 pagi tadi mereka telah melakukan perhimpunan die hadapan pintu pagar timur UPSI...
Macam biasa bila da berkumpul,modus operandi yang sama
Membakar semangat peserta
Melakukan provokasi
FRU bertindak
Macam biasa,kata FRU ganas
Tampil dengan slogan "KEBANGKITAN MAHASISWA"
Geng-geng dorang akan post dalam semua group yang ada (kalau boleh group pasal perkahwinan pon dorang nk post)
Dengan kata-kata yang indah,madah yang puitis contohnya "Inilah perjuangan","semoga istiqamah" dan pelbagai lagi.For your info GENG-GENG PEMBANGKANG NI MEMANG TERKENAL DENGAN AYAT YANG BAIK-BAIK untuk mengcover (manglish) taktik depa nih...
KRONOLOGI KES
1.00a.m:
sorang penuntut UPSI ditahan....
dikenali sebagai FARHAN
*berlaku sedikit pergeseran sekumpulan penuntut dengan pihak penguasa di pintu tempat pelajar turun naik bas....
1.10 am:
sebuah trak polis kelihatan di pintu timur...
1.15 am:
keadaan tenang di pintu timur....
nampak trak terus terabur....
1: 22 am:
polis masih lagi menjalankan operasi sekatan jalan...
sebelumnya...presiden smm A. Syukri telah ditahan berhampiran kawasan UPSI....
1:35 am:
kelihatan rakan baik adam di kedai makan mamak tmn bahtera..
sebuah kereta kelihatan menuju ke rumah adam....
lokasi di PINTU UTAMAUPSI terkawal...
kelibat adam dikesan...
hehe....nak lari mana...
batalkan je hasrat nak letak kalungan tu kan senang...
aku nak supper jp...
nak tawan UPSI jadah dia....
ketua SMM dah kena cekup...
1: 50 am:
adam kelihatan di sekitar BHP PETROL jam 1.10 am
menaiki motorsikal...
memakai baju merah...
angkat bendera putih jelahkan senang....
2: 00 am:
wah!!!kelihatan sosok tubuh TNC HEP di pintu timur....
anggaran kasar dalam 30 orang di pintu timur....
10 orang anggaran daripadanya ialah POLIS...
2.05 am;
wah perjuangan tanpa pengaruh politik!!!
shit!!!
pas n pkr ada sekali...
terbukti pas dan pkr di belakang adam!!!
nanti aku update.....
seronok ni....
2:10 am:
celake!!!
slogan HANCUR UMNO kedengaran diPINTU UTAMA
dap, pas, pkr, smm n da geng...
di pintu utama!!!
adam dalam kumpulan tersebut...
wah aktiviti BERPUISI tgah berlangsung!!!
WANITA BERPURDAH menjadi BENTENG dlm 20 orang....
adam baru lepas talk...
2:15 am:
mereka tgah bentang kain putih....
kelibat farhan kelihatan...
dia bukan ditahan polis...
dia ditegur supaya tidak menyertai...
polis ni tak reti beza ke mana puak depa...
2:20 am:
perjuangkan KEBEBASAN AKADEMIK jadah dia...
slogan HANCUR UMNO...
jadi santapan malam ni...
POLIS dan FRU tengok je ke???
warning suruh bersurai je!!!
2:25 am:
keadaan tegang...
sial kamera gua masuk longkang!!!
2:30 am:
cilake!!!
adam menjerit UPSI KURANG HAJAR!!!
PERUSUH TELAH MEMECAHKAN CERMIN
KLINIK SHIFA!!!
ADAM DITANGKAP!!!
SAPA NAK GANTI!!!MEMANG SIAL....
2:35 AM:
FRU TELAH MEMBUAT TANGKAPAN!!!
PERUSUH CUBA MEROBOHKAN PINTU UPSI!!!
1 TRUCK BLACK MARIA TELAH DIBAWA KE BALAI POLIS TG. MALIM!!!!
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN GUA UCAPKAN PENUNTUT UPSI!!!
SAYONARA!!!
penuntut upsi menggunakan nick YUYU LUNA masih bebas
CHEGU BARD melarikan YUYU LUNA....
protestor yang tercedera telah dibawa ke hospital...
Dipetik daripada : Harapan Rakyat
* Anwar mempergunakan sepenuhnya masa yang ada dengan memperalatkan mahasiswa demi kelangsungan cita-citanya. Go hell..!!!!
* M.A.T.A ~~ Malaysia Aman Tanpa Anwar
* Difahamkan DEMO 901 NANTI MASA BUDAK2 U TGH EXAM. SO, SAPE BUDAK YANG JOIN SAH KUDA TUNGGANGAN ANUWAR....
ANDA NILAIKAN.....
No comments:
Post a Comment