Monday, 2 January 2012

KEMALANGAN NGERI DAN TRAGIS MENJELANG TAHUN BARU 2012...

KEMALANGAN BERLAKU DI BATU 6 LALUAN LEKIR SITIAWAN MEMBABITKAN SEBUAH MPV HONDA STREAM, TRELER (muatan penuh tong gas memasak LPG) DAN SEBUAH HONDA CIVIC.... 


HONDA STREAM TERSEBUT ( PLAT WJP 3633)  DINAIKI OLEH 8 ORANG REMAJA LELAKI DAN TUJUH DARIPADANYA MAUT, MANAKALA SEORANG HANYA MENGALAMI CEDERA RINGAN.


MANGSA ADALAH :




BADRUL ISA BIN SULAIMAN DAN MOHD HADI BIN SULAIMAN ADALAH ADIK BERADIK... ANAK PERTAMA DAN KEDUA PASANGAN SULAIMAN DAN NORAKMA. MEREKA ADALAH SEPUPU KEPADA MOHD KAMIL TAMSURI (sebenarnya SAMSURI) DAN MOHAMAD SYADAN MOHD ARSHAD.
SULAIMAN, SAMSURI DAN MOHD ARSHAD ADALAH ADIK BERADIK.
MANAKALA MOHAMAD FAIZAL AHMAD TARMIZI ADALAH JIRAN (rumahnya berhadapan) KEPADA SULAIMAN.
* Penulis mengenali rapat kelima-lima mangsa tersebut.



DUA LAGI MANGSA ADALAH : MOHD HISAM MAT ZAKI (anak angkat kepada Sulaiman dan Norakma berasal dari Kelantan) dan MOHAMAD SHAFIQ RIDUAN YUSUF (anak sulung dan anak tunggal lelaki, dari kampung bersebelahan).


VIDEO : 






LIPUTAN BERITA MENGENAI KEMALANGAN NGERI TERSEBUT MENJADI TAJUK UTAMA AKHBAR-AKHBAR ARUS PERDANA TEMPATAN HARI INI. 





KRONOLOGI KEJADIAN : 


Kemalangan berlaku apabila kenderaan MPV Honda Stream kepunyaan Mohd Hisam Ahmad Zaki dan dipercayai dipandu laju olehnya dari arah Sitiawan memotong ikut sebelah kiri jalan sebelum masuk semula ke laluan sebelah kanan dihadapan Honda Civic secara mengejut dan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan. Akibat perlanggaran itu lori tersebut terbabas ke sebelah laluannya dan merempuh gerai keropok lekor sebelum ianya terperosok ke dalam kebun kelapa sawit di belakang gerai itu.  

Pertembungan maha hebat dan dahsyat itu menyebabkan kesemua mangsa terpelanting dan melayang dan bertaburan di atas jalanraya (termasuk mangsa yang selamat) dan ada mangsa yang melambung dan jatuh di atas kereta Honda Civic tersebut sebelum  jatuh di atas jalanraya. 
Keadaan mayat mangsa sangat mengerikan. 

Difahamkan ada yg terputus kepala, isi perut terburai, organ dalaman mangsa yang bertaburan, otak mangsa terpisah dari kepala dan biji mata mangsa terpelanting...wallahu'alam.
Pemandu treler cedera parah dan masih di rawat di Hospital Seri Manjung.
Pemandu Honda Civic juga mengalami cedera ringan.


MANGSA YANG SELAMAT ADALAH :



Nama sebenar mangsa yang terselamat adalah Khairul Faiz Mohd Noor, 17 (laporan Harian Metro menyebut sebagai Khairul Faiz Mohd Nasir adalah salah)

SEBAHAGIAN GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN :













 Mengerikan....










 Kelihatan otak mangsa yang tercampak keluar






KEADAAN TRELER (gambar diambil keesokan pagi ):






JENAZAH DI SEMBAHYANGKAN DI MASJID BATU 14 LEKIR  DAN DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BATU 14 LEKIR. JENAZAH MOHD HISAM DITUNTUT OLEH KELUARGANYA DAN DI BAWA PULANG KE JELI, KELANTAN:


AHLI PARLIMEN LUMUT / MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA DATO' SERI KONG CHO HA TURUT MELAWAT TEMPAT KEJADIAN KEESOKAN HARINYA :


INI YANG DI TEMUI  DI DALAM KENDERAAN MPV HONDA STREAM MILIK MOHD HISAM YANG BERASAL DARI JELI, KELANTAN :


***AL-FATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA - SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MANGSA DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ROH ORANG2 YG SOLEH DAN BERIMAN.

***TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA ~ SEMOGA TABAH DAN REDHA DGN TAKDIR YANG MENIMPA ~ BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG PIKUL BEBANAN.

***KEPADA MANGSA YANG TERSELAMAT ~ BERSYUKUR DAN..... HANYA ANDA YANG TAHU APA SEBENARNYA YANG TERJADI........KERANA ANDA LANGSUNG TIDAK PENGSAN !!!

***HARIAN METRO MELAPORKAN TERDAPAT 10 PENUMPANG DLM HONDA STREAM TERSEBUT ADALAH SALAH... SEBENARNYA HANYA 8 PENUMPANG SAHAJA.

***BERITA HARIAN MELAPORKAN TERDAPAT 2 ORANG REMAJA PEREMPUAN DI DLM KENDERAAN TERSEBUT JUGA ADALAH TIDAK BENAR.... KESEMUA DI DALAM HONDA STREAM ITU ADALAH REMAJA LELAKI....



2 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah utk semua mangsa yg terkorban di atas kecuaian seorang rakan yg memandu mengikut emosi.

Takziah utk kaum keluarga mereka.

Pemandu yg nama Hisam tu bikin malu nama Pas saja. Tapi dah serasi agaknya emosi & Pas ibarat aur dan tebing, akibatnya orang lain yg jadi mangsa.

nizam_icam said...

bleh sye thu Penulis yg mengenali rapat kelima-lima mangsa tersebut.. sye mmbr baik arwah badrul mse di plkn.... tlong msj di FB http://facebook.com/neyzam.eicham