PIHAK berkuasa telah memberi amaran agar tidak diadakan Kempen Bebaskan Anwar 901 kerana ia bakal menyusahkan rakyat, malah boleh menghuru-harakan negara. Ratusan laporan polis telah dibuat dan pelbagai NGO telah pun menyuarakan bantahan.
Namun pembangkang tidak peduli. Mereka bertekad akan meneruskan kempen tersebut sempena keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini. Mereka tidak peduli kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara, juga tidak menghormati mahkamah dan institusi kehakiman.
Keputusan perbicaraan belum diketahui tetapi pembangkang sudah membuat rancangan jahat dalam usaha mengheret rakyat ke dalam kancah isu peribadi Anwar. Itulah sikap Anwar, apabila diri terjebak cuba meminta simpati umum sedangkan isu yang dihadapinya adalah hasil perbuatannya sendiri.
Rakyat telah melihat sendiri betapa sebelum ini pelbagai demonstrasi haram telah mendatangkan banyak kesusahan kepada orang ramai, kaum peniaga, pelancong, kerosakan harta benda serta ancaman kepada ketenteraman awam.
Justeru kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian di bumi tercinta Malaysia ini, janganlah mudah terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengajak orang ramai menyertai kempen 901 itu yang kini dibuat dengan berleluasa melalui kain rentang, poster atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
Diharap pihak berkuasa, terutama pasukan polis, tidak akan berkompromi dalam isu ini. Ambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat sebagai mesej jelas bahawa demonstrasi haram tidak boleh diterima di negara ini - Awang Selamat
*** Pihak berkuasa dah bagi amaran.... demi amaran... agar jgn meneruskan demontrasi haram...
TAPI.... degil nk buat jugak.... yg lebih bodoh tu.... esok kalau pihak berkuasa ambil tindakan atau sebagainya, melalak sana sini (terutama dlm blog) mengatakan kerajaan zalim... polis zalim.... nk kata tak sekolah kang marah pulak..!!!!
No comments:
Post a Comment