“Seluruh rakyat Perak harus turun ka tgmalim esok…anak2 anda sedang dibelasah didalam lokap..tadi disepak,ditendang, dipijak,dipukul…ada yabg pecah dikepala ada yg patah tulang rusok..muka berlumu ran darah! Ketua umno bahagian tg malim terpekik melolong mengarahkan polis membalasah anak2 kita biar sampai mampus… kushairi kamu harus bertanggung jawab!”
Itulah tulisan Yusup Kamaruddin (foto atas) di status facebooknya pada awal pagi 1 Januari 2012 yang mendapat pelbagai komen rakan-rakannya. Tulisannya ini jelas berbaur hasutan dan cuba mengelirukan orang awam berhubung kejadian demontrasi kumpulan SMM di pintu masuk UPSI baru-baru ini.
Tulisannya juga cuba memfitnah pihak polis dengan begitu teruk sekali. Beliau dengan sengaja mahu menceritakan kepada orang awam bahawa pihak polis yang mengawal demontrasi itu telah bertindak brutal terhadap mahasiswa-mahasiswa tersebut.
Yusup cuba pula mengaitkan diri saya kononnya saya ‘terpekik melolong mengarahkan polis membelasah anak2 kita biar sampai mampus’ – satu fitnah yang mempunyai niat yang amat jahat.
Saya sempat masuk ke wallnya dan membuat komen seperti di bawah. Tetapi beberapa minit selepas itu, saya tidak dapat masuk ke situ lagi kerana telah disekat.
Khusairi Talib Jangan buat fitnah. Banyak perakam video ketika demontrasi itu di setiap sudut. Sila siarkan di sini atau di mana2 blog pro kamu jika ada saya beri apa-apa arahan kepada polis. Jangan perlekehkan integriti polis seperti yang sering puak2 PR lakukan. Siapa saya nak arahkan polis? Fitnah ni dah jadi macam goreng pisang kepada Yusup Kamaruddin dan seangkatannya.
- Yusup Kamaruddin Hehehehe kita dengar sendiri weh…yb jamal tak kata apa2 pun…
- Khusairi Talib Siapa yang pecah kepala? Siapa yang patah rusuk? Dengarnya mereka sudah dibebaskan. Sila tunjukkan kepala yang dah pecah, tulang rusuk mana yang dah patah. Nak provoke dan menipu gunakanlah cara yang tak mendatangkan kemurkaan Allah wahai YK.
- Khusairi Talib Apa yang kamu dengar YK? Wall ini sudah saya copy. Akan fikirkan apa tindakan yang sesuai atas penipuan kamu ini.
Apa kata Dato Khusairi :
Setelah berbincang dengan rakan-rakan, saya mengambil langkah membuat laporan polis terhadap Yusup Kamaruddin di IPD Tanjong Malim di Slim River pada jam 1.20 tengahari tadi.
Harapan saya, media maya termasuklah laman popular Facebook tidak dijadikan medium untuk menyebarkan hasutan-hasutan yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat.
Dato Khusairi bersama Ketua Polis Daerah IPD Tanjong Malim, Supt Othman Nayan |
Kandungan laporan polis yang dibuat |
***Kalau bukan pemecah belah umat... apakah lagi yang mampu dilakukan oleh PKR..???
CREDIT TO <rmf>
No comments:
Post a Comment