Monday 14 November 2011

KECEWA TIDAK DIJEMPUT KE PENDENGARAN AWAM PSC

Sedih mendengar keluhan Nasrudin [ Tantawi ] Ketua Pemuda Pas yang nak menganjurkan BerShit 3.0.  Tantawi  ingin mengantikan Ambiga dan ingin menonjolkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen. Kedua ialah Tantawi amat kecewa kerana nama beliau tidak disenaraikan dalam jawatan kuasa pilihan khas parlimen [PSC]  dan tidak dijemput untuk hadir ke pendengaran awam yang telah berlangsung pada 11 dan 12 November di Kuala Lumpur. Wakil Pas yang dilantik ke jawatan kuasa PSC  ialah Dr Mohd Hatta Ramli sahaja.

Sesi pendengaran awam akan diadakan di Sabah pada 25 dan 26 November, Sarawak pada 8 dan 9 Disember. Tiga lagi lokasi ialah Dewan Sri Pinang, Lebuh Light di Pulau Pinang (15 dan 16 Disember), Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, di Kota Bharu, Kelantan (7 dan 8 Januari 2012) dan Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ismail, di Johor Bharu, Johor (12 dan 13 Januari 2012).
Baca kisah dan berita selanjutnya klik Perak Today
Cara berpolitik parti Pas cukup memalukan kerana sepanjang 365 hari setahun Pas menganjurkan ceramah lebih daripada 2 ribu kali. Sudah tentu dalam ceramah bukan menerangkan agenda Pas tetapi menerangkan bagaimana menjatuhkan kerajaan BN dan menabur fitnah yang bercanggah dengan hukum Islam yang menjadi pegangan Pas.

No comments: