Monday 14 November 2011

MB PERAK ~ TERUSKAN AGENDA TURUN PADANG, SELAMI PERMASALAHAN RAKYAT


SEMUA pemimpin masyarakat termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta meneruskan program turun padang di kawasan masing-masing bagi menyelami sendiri permasalahan penduduk serta mencari jalan untuk mengatasinya dengan kadar segera.


Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, program tersebut diharap bukannya dijalankan secara bermusim tetapi sebaiknya secara berterusan.
“Saya mahu ianya diteruskan seperti biasa kerana langkah tersebut cukup berkensan bagi membantu rakyat menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.



“Masalah rakyat perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Kita perlu turun ke akar umbi untuk merasai sediri denyut nadi mereka.
“Hulurkan sebarang bantuan dengan segera. Jangan biarkan kehidupan mereka dibelenggui sebarang masalah. Ini tanggungjawap dan amanah kita sebagai pemimpin,” katanya kepada Perak Today selepas  mengadakan Program Turun Padang ke sekitar Kampung Teluk Muroh dan Padang Tembak, Lumut hari ini (semalam).
Terdahulu Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor turut mengadakan lawatan mengejut meninjau kerja-kerja pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Khairiah Kampung Teluk Muroh, Jalan Teluk Batik, Lumut.
Bangunan SAR bernilai RM500,000 tersebut dibina di atas sebidang tanah seluas kira-kira seekar yang diwakafkan oleh seorang penduduk, Khadijah Zainuddin kira-kira sembilan tahun lalu dan Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan Zambry pada 7 November tahun lalu.
Sejurus selepas itu, Zambry telah meneruskan program turun padang, melawat empat buah keluarga di sekitar Kampung Padang Tembak, dekat Lumut.
Antara rumah yang dikunjungi beliau, Mat Isa Saad, 48, pesakit kanser hidung; Salbiah Montel, 56, pesakit diabetis; Mohd. Salleh Ibrahim, 48, yang patah tulang pinggul akibat kemalangan serta ibu angkat beliau, Latifah Manan, 56, yang pernah menjaga Zambry ketika kecil di Pulau Pangkor.
SUMBER : PERAK TODAY

No comments: