Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum ke -12, Anton Chaitkin, Editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s Prime Minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.
Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.
Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.
Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.
Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.
Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.
Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar dalam satu badan bernama Mont Pelerin Society.
Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?
Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa".
Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.
Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?
Soros
Seorang lagi wartawan AS dari EIR yang mengesahkan hubungan Soros dengan Anwar adalah Mike Billington yang menulis secara lebih fokus dan menyeluruh berbeza dengan maklumat-maklumat wartawan lain sebelum ini.
Dalam rencananya, ‘Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back‘ (29 April 2005), wartawan itu mengesahkan Anwar menjadi proksi kepada Soros sejak 1997, zaman berlaku kegawatan ekonomi Malaysia, ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia.
Menurut maklumat Billington, sebagai Menteri Kewangan, Anwar menyokong polisi IMF dan Soros dan berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rencana Billington bertajuk “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005), beliau mendedahkan bahawa falsafah yang dianuti Anwar, ‘Asian Renaissance‘ merupakan kunci utama Soros dan Wolfowitz menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Dalam rencananya, “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008), wartawan itu mendedahkan ketika Anwar dipecat 1998, dipenjarakan dan dibebaskan pada tahun 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu disokong dan dibantu oleh trio Zionis AS – Al Gore, Wolfowitz dan Soros.
“Dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata Soros dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, yang menyalahkan Dr Mahathir, apabila proksinya dipenjarakan dan menggesa agar proksinya dibebaskan segera.
Dan rencana terakhir Billington, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” (12 September 2008), wartawan itu mendedahkan bagaimana pakatan trio Zionis membantu Anwar dari segi memberi jawatan-jawatan selepas Anwar menetap di AS sebagai punca pendapatan dan membina semula karier politiknya.
Demokrasi
Tanpa pendedahan wartawan AS, rakyat Malaysia tidak mengetahui secara jelas, bagaimanakah Soros membantu Anwar.
Lebih menarik lagi satu laman fordemocracy.net mendedahkan bagaimanakah Soros membantu Anwar dan partinya, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipenjarakan di Sungai Buloh kerana kesalahan rasuah dan liwat.
Pada Jun 2000, wakil Soros di Malaysia, Elizabeth Wong (seperti yang disebut Senator Ezam Mohd Noor) mengiringi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland.
Selain Elizabeth yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO hak asasi manusia, Adlin Zabri, felo di Institut Kajian Dasar (IKD)juga turut hadir.
Wan Azizah yang ketika itu Presiden Parti Keadilan Nasionaldijemput hadir sebagai salah seorang panel bertajuk “Culture and Democracy“.
Forum Wan Azizah bersama Kavi Chongkittavorn, Editor Eksekutif, The Nation (Thailand) dan Nasser Hadian, Pengarah Graduate Faculty of Law and Political Science, Universiti Tehran (Iran) dipengerusikan oleh Kenneth Adelman, Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah, Freedom House, sebuah yayasan yang berpengkalan di AS.
Kenneth Adelman adalah juga salah seorang rakan Anwar dalam ICG (International Crisis Group), satu lagi badan yang ditaja Soros.
Program itu dirasmikan oleh Madeleine K. Albright yang ketika itu Setiausaha Negara AS adalah tajaan the Stefan Batory Foundation(badan tajaan Soros) dan Freedom House. Maka tidak hairan Soros dan rangkaiannya disenaraikan penceramah utama dalam program tersebut.
Turut menjadi ahli panel adalah Aryeh Neier, Presiden Open Society Institute (OSI), Bette Bao Lord, Pengerusi Freedom House, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy(NDI), Peter Eigen, Pengerusi Transparency International, Thomas Melia, Naib Presiden National Democratic Insititute (NDI), Aleksander Smolar, Presiden Stefan Batory Foundation dan lain-lain.
Soros yang menjadi mastermind projek demokrasi dalam ucap utamanya menyebut tentang agenda demokrasinya di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
“Forum ini adalah bertujuan untuk meraikan demokrasi di seluruh dunia…Empayar Soviet telah runtuh; banyak rejim autoritarian telah dihanyutkan; dan kebencian mula meningkat terhadap orang-orang yang tinggal di negara-negara seperti Iran, Peru, Malaysia dan Zimbabwe berkembang. Tetapi ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan sebagai kemenangan”, kata Soros.
- AIDCNews
1 comment:
ermmmmmm....
Post a Comment