Tuesday, 1 November 2011

MUAMMAR GADDAFI ~ HARGA SEBUAH PEMERINTAHAN




Semasa era kegemilangan pemerintahannya

Mutassim Gaddafi

HARI ini genap 12 hari bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh rakyatnya yang menawannya di Sirte, bandar kelahirannya selepas berlaku satu pertempuran pada awal subuh 20 Oktober lalu.
Dalam pertempuran itu, anaknya Mutassim dan bekas Menteri Pertahanan Libya, Abu Bakr Younis turut terbunuh selepas konvoi mereka diserang tentera udara Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO).

Gaddafi merupakan pemimpin Arab kedua, selepas Presiden Iraq, Saddam Hussein, mati secara tragis dan penuh kontroversi di alaf baru ini demi mempertahankan pemerintahannya.



Namun, antara Saddam dan Gaddafi, kedua-dua pemimpin Arab itu mempunyai banyak persamaan, Saddam memerintah Iraq begitu lama iaitu selama 24 tahun, Gaddafi pula memerintah Libya selama 42 tahun.
Mungkin ramai yang tidak menyedari Saddam digantung pada 30 Disember 2006, yang jatuh pada hari Aidil Adha ketika umat Islam sedang meraikan sambutan korban.
Begitulah cara bangsa Arab melayan pemimpin mereka. Segala budi dan jasa Saddam tidak dihargai oleh rakyatnya dan begitu juga jasa Gaddafi memerintah Libya selama 42 tahun langsung tidak dikenang, jauh sekali untuk dihargai, sebaliknya jenazahnya diaibkan.
Jika bekas Presiden Iraq itu mati di tali gantung setelah rakyatnya sendiri menghukumnya setelah didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan, begitu juga dengan Gaddafi, mati ditangan rakyatnya sendiri.
Bezanya, Saddam tidak dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat (AS) yang menahannya ketika dia ditemui bersembunyi di dalam bilik bawah tanah di ad-Dawr dekat Tikrit, bandar kelahiran Saddam dan pemimpin Iraq itu diberi peluang untuk membela diri dalam satu proses perbicaraan di mahkamah.
Sedangkan Gaddafi tidak diberi peluang langsung untuk membela diri dan dibicarakan, sebaliknya mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang bangkit memberontak.


Jika bekas pemimpin Iraq itu digambarkan sebagai seorang yang berani ketika menghadapi saat kematiannya di tali gantung, Gaddafi pula melalui detik yang sebaliknya apabila dia dilaporkan merayu kepada tentera pemberontak yang menawannya supaya dia tidak dibunuh. Mereka ini dilaporkan adalah anak-anak muda yang lahir ketika zaman pemerintahannya dan baru kenal dunia.
Sekurang-kurangnya, Saddam lebih bernasib baik apabila jenazahnya dikebumikan dekat kubur kaum keluarganya di tempat kelahirannya di Al-Awja, dekat Tikrit, walaupun mayatnya tidak pernah ditunjukkan selepas menjalani hukuman gantung berbanding Gaddafi, apabila jenazahnya dihina dan diaibkan oleh rakyatnya dengan jenazahnya dipamerkan kepada orang ramai di sebuah pasar raya di bandar Misrata.
Jika Saddam dimalukan apabila video yang merakamkan saat-saat dia digantung yang diambil menggunakan telefon bimbit oleh orang yang menghadiri hukuman gantung itu dan disebarkan di Internet, begitu juga dengan Gaddafi, video dia dikasari selepas ditawan dan video merakamkan mayatnya diaibkan yang diambil menggunakan telefon bimbit turut tersebar di Internet.







MAHA SUCI ALLAH YG MENGETAHUI AKAN SEGALA PERKARA YG NAMPAK DAN GHAIB........

No comments: