Monday, 24 December 2012

LELAKI MACHO MILIKI 5 PUTING SUSU...???

pria punya puting susu 5

Secara normal, lelaki  hanya mempunyai 2 puting susu yang masing-masing terdapat di dada kiri dan kanan. Tapi bagaimana jika ada yang mempunyai lebih daripada itu..?
Seorang aktor Hollywood bernama Bradley Cooper menunjukkan 5 puting susunya pada di sebuah rancangan ‘The Ellen DeGeneres Show’. Lima puting susu yang dimiliki Bradley Cooper terletak di dada bagian kiri, lengan kanan dan kaki kanan.
Dengan membuka butang bajunya, lelaki terseksi di dunia tahun 2011 ini menunjukkan puting ketiga, lalu menggulung lengan baju untuk memperlihatkan puting keempat, dan terakhir menggulung kaki seluarnya untuk memperlihatnya yang kelima.

BANGSAT..!!! DAP GESA KERAJAAN IZINKAN PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' DALAM BIBLE VERSI BM...!!!!!



SHAH ALAM  : DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

ALASAN KENAPA ABBY SEMAKIN MEROYAN.....???


Lelaki kacak ini, pernah mengaku sayangkan seorang artis wanita, bekas isteri seorang pelakon popular yang sekarang ini telah menjadi ustazah pujaan puak-puak PAS yang sedang malatop-latop di pentas ceramah parti politik haluan kiri itu... ABBY ABADI..!!! 


LANUN INDON DIDAKWA ROMPAK ANAK KAPAL..???



KOTA TINGGI  : Lapan lelaki rakyat Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan senjata berbahaya terhadap anak kapal tangki, MT Merlion Dua, di perairan Malaysia, dua minggu lepas. 
Kesemua mereka yang dikenali sebagai Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, bersama dua lagi yang masih bebas itu didakwa melakukan rompakan tersebut di kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika dari perairan Tanjung Stapa, Pengerang, di sini, kira-kira pukul 2.30 pagi, 11 Dis lepas. 
Pertuduhan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan sebelum Majistret Nor Shahid Abd Malik menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Juanita Mohd Said dan kesemua lelaki berkenaan tidak diwakili peguam  -   Bernama 

KEUNIKAN FENOMENA TUPAI TERBANG...

ANDA pastinya biasa melihat binatang terbang seperti burung, ayam, itik dan sebagainya. Dan situasi itu adalah normal. Lainlah jika lembu atau gajah yang terbang.... MESTI ajaib dan luarbiasa!
PERNAHKAH anda melihat fenomena tupai terbang.....??? Comel........
Kali ini teman bawakan kepada anda semua, gambar-gambar dari album fotografer Kim Taylor khusus mengenai TUPAI TERBANG..... saksikan :


Taylor menggunakan kombinasi cerdas dari lensa kamera 150mm dan 3.500 volt khusus berkecepatan tinggi kilat dipicu oleh sinar infra merah untuk menangkap gambar. Tupai terbang beratnya hanya 65g, makanannya utama adalah serangga, kacang-kacangan dan biji pohon ek.

Sunday, 23 December 2012

DIBAKAR KERANA MENGHINA AL-QURAN



HYDERABAD : Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.


“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. - Reuter

AHLI PAS KEDAH MINTA DIADAKAN HIMPUNAN HUDUD..???


Jika sebelum ini PAS Kedah telah laksanakan 6 Himpunan semenjak mengambilalih Kerajaan Kedah selepas PRU 2008 dan semuanya diadakan berasaskan kepada kepentingan politik PAS. Namun, tiada satu pun himpunan yang berasaskan perjuangan Islam atau Hudud yang diperjuangkan selama ini. Inilah yang menjadi persoalan ramai ahli-ahli PAS terutama di Kedah.

9 Januari 2010
Himpunan sukarelawan Pemuda PAS di markas PAS Cawangan Pekan Kodiang, Jitra.

19 Februari 2012
Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

12 Mei 2012
Himpunan jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Stadium Mini Bandaran, Guar Chempedak.