Sunday, 3 June 2012

WAJIB LIHAT !! VIDEO USTAZ AZHAR YANG PEMBOHONG BESAR..!!!

IKUTI PENDEDAHAN DARI BADUT RAKYAT




Apa yang Ustaz Azhar Idrus membohong kat rakyat malaysia ??? betul ker dia bohong.takut nanti saya pulak yang bohong.ok,lihat video di bawah berkenaan dengan patung,lepas itu saya jawab.saya cakap bodoh kang,kena maki balik.


Kita lihat pula gambar di bawah

Kenapa Ustaz Azhar tak tegur Berkenaan Patung ni ??? bukan menyerupai manusia,siap boleh gerak lagi..apa cerita ni ??? saya hanya menegur.adakah perbuatan saya salah ??? anda lihat balik video di atas apa yang Ustaz Azhar cakap !!! yang best tu siap ada nama.yang patung laki ni nama dia Hadi.bukan Hadi Awang tau...erkkk....nak lagi ??? saya tambah sikit gambar di bawah.Kredit Untuk Rakan Blogger Mymassa...

HUDA ??? Nama ni macam kenal jer ??? kat mana yekk ??? Ohhh dalam rakaman telefon yang di katakan antara Mat Sabu dan Norma kan ??? Anak Mat Sabu pun memang nama Huda kan ??? Suratan atau Kebetulan ??? Mat Sabu pun nafikan memang itu perbualan melibatkan beliau.opsss....

Adakah patung ini permainan kanak-kanak seperti mana yang diterangkan dalam ceramah Azhar Idrus atau bentuk sembahan berhala baru bernama HADI oleh penganut PAS ???

Cakap tak boleh simpan patung.Tapi bila PAS sendiri yang buat anda tak berani tegur.MUNAFIK !!!

Baik buang kopiah tu kalau pemimpin parti sendiri tak berani nak tegur.Takut tak dipanggil bagi ceramah lagi ke ???

ANDA NAK LAGI BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

DAP YANG SALAH GUNA KUASA DAN KORUPSI



HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini.  Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman.  Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.

Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.

Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM 5,000.  Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.  Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.  Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat.  Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu.

Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti.  Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi 'jasa' Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor.  Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.

Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa.  Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP.  Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah.  Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak? 

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut. Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

ADIK MENINGGAL DITEMBAK ABANG

MIRI: Selepas lima hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri akibat kepala ditembusi peluru yang ditembak abangnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia petang kelmarin.

Nurul Afifah Maderom meninggal dunia selepas cedera parah selain peluru dikatakan masih dalam kepala serta mengena otaknya, menyebabkan keadaan semakin kritikal dan sukar diselamatkan.

Ibu mangsa, Janiah Assan, 31, berkata keadaan anak perempuannya sangat kritikal kelmarin, meskipun doktor berusaha menyelamatkannya kerana peluru hampir menembusi tengkorak belakang kepala.


Katanya, keadaan itu menyebabkan peluru tidak dapat dikeluarkan mangsa kerana boleh membahayakan nyawa selain dikhuatiri menyebabkan komplikasi lain.

“Mungkin Allah lebih menyayanginya yang bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir lewat petang semalam (kelmarin),” katanya.



sumber : myMetro

NIZAR YANG SEMAKIN SEWEL....!!!



Nak tergelak pun ada memang bekas MB Perak ni pandai buat lawak sewel. Dengan penuh rasa konfidennya dia mengatakan tanda kejatuhan PAS dan PR dalam satu ceramahnya.

Mari saksikan video tersebut :





*** Dah 2 Sultan dia menderhaka... tak tahulah nak cari glamour atau memang bodoh sewel... Patutlah senang2 dibonekakan oleh DAP.....


sumber

PERCANGGAHAN DOKUMEN RTPJ 2 - KERAJAAN PKR SELANGOR CUAI - JACOB GEORGE


alt

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2012 - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kerajaan negeri pimpinan PKR cuai dalam hal ehwal pentadbiran agensi mereka sendiri.

Beliau berkata demikian setelah terdapat pencanggahan besar dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang menyaksikan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez mahu satu siasatan dijalankan dengan segera jika Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya gagal tampil memberikan jawapan yang munasabah.
 

Sebelum itu, John Fernandez mempertikaikan berlakunya percanggahan diantara dokumen RTPJ 2 milik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan dokumen milik Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan fakta-fakta yang melibatkan padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
 
Kedua-dua dokumen tersebut saling bercanggah diantara satu sama lain apabila padang kompleks sukan PKNS didakwa sudah diwartakan sebagai tanah komersil namun menurut dokumen milikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, padang tersebut masih diletakkan sebagai kawasan rekreasi.
 

Jacob George memberitahu pembangunan negara akan mundur ditangan pembangkang memandangkan pentadbiran berskala kecil seperti isu padang kompleks sukan PKNS gagal dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri.
 
"Bagaimana boleh terjadi percanggahan ini?
 
"Mengapa tiada inisiatif mahupun perancangan daripada kerajaan negeri untuk menyeragamkan RTPJ 2 ini? Adakah terdapat kepentingan mereka dalam percanggahan itu?," katanya.
 
"Amat memalukan jika kerajan negeri tidak berupaya mentadbir hinggakan tidak tahu apa yang berada di 'tangan kiri' dan apa yang berada di 'tangan kanan'.
 
"Saya mahu melihat apa pula alasan yang akan diberikan diatas kegagalan dan percanggahan ini," tegas Jacob George.

TQ KL POS

PAS TIADA PERANAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG..TAPI ADA HATI MAHU GANTIKAN BN!!!

KEPALA BATAS - Pemuda Umno mahu Pas membuktikan 'suara' mereka didengar dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.



Reezal Merican: Pas tiada peranan dalam pakatan pembangkang 
   
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana Pas mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  
"Macam mana dia (Pas) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi Pas.
   
"Sebagai contoh, Pas mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (Pas) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
 
Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.
   
Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.
   
"Kenyataan Presiden Pas itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya Pas  tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk
parti itu masih di belakang DAP dan PKR.
   
"Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya. - Bernama



***Tanpa DAP dan PKR.... siapalah sebenarnya PAS..... 

FACEBOOK DI GODAM WAKTU MALAM.... !!!


GANGGUAN dialami laman Facebook, malam kelmarin.

NEW YORK: Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam kelmarin selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous.

Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5). 

Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”

Bagaimanapun, kumpulan penggodam Anonymous menegaskan melalui akaun Twitternya mereka adalah dalang di sebalik gangguan itu dan ketika ditanya Facebook tidak menafikannya.

Sebelum itu, pada awal pagi semalam, anggota kumpulan Anonymous mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap laman web Parti Nazi Amerika dan mengakibatkan perkhidmatan Internet kumpulan sayap kanan itu tidak dapat diakses. Bagaimanapun, laman itu beroperasi semula pada malam kelmarin.

Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu.

Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi.

Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, “The Social Network” yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard. 

“Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan,” kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. -  myMetro