
Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya telah memaklumkan arahan itu kepada Jabatan Perhutanan Kedah untuk dikuatkuasakan dan menyampaikannya kepada Kerajaan Pas Kedah.
Semua aktiviti penebangan hutan di kawasan Gunung Inas dan Pedu telah diarah dihentikan serta-merta sehingga laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu siap. Ketika ini siasatan terperinci sedang dilakukan.







