Thursday 27 December 2012

MELAYU DAP MASIH MAKAN BABI BERSAMA GUAN ENG...???!!!


Sebelum ini beberapa media perdana melaporkan kenyataan kontroversi Lim Guan Eng sempena hari Krismas.

Diantaranya ialah laporan Sinar Harian :
Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu......seterusnya....
Setelah beberapa hari panas dan dikritik hebat, kita mendapat respons daripada CEC DAP tetapi bukannya daripada Lim Guan Eng DAP yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang memberi respons ialah Zairil, anak tiri Allahyarham Khir Johari yang juga merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP. 



Kenyataan Zairil :
Beberapa akhbar harian telah melaporkan semalam bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kononnya telah menggesa kerajaan pusat agar membenarkan penganut Kristian di Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.

Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali, dan DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain.

Dalam perutusan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Natal, Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia.

Maka, langsung tidak timbul persoalan penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Sepertimana yang ditegaskan oleh Saudara Guan Eng, penggunaan kalimah “Allah” bukan sahaja biasa digunakan oleh penganut Kristian di negara Indonesia dan juga di negara-negara Timur Tengah, ia juga merupakan satu kelaziman selama berpuluhan tahun di kalangan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Oleh itu, DAP berharap agar hak penganut Kristian di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak akan dinafikan oleh kerajaan pusat.

Zairil Khir Johari Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
1. Kenyataan Zairil dan Lim Guan Eng bahawa parti DAP meminta penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Bible versi BM sudah pasti menempelak orang Melayu yang berada di dalam DAP seperti Zairil Khir Johari sendiri, Ariffin SM Omar dan beberapa yang lain. Ianya kerana mereka adalah ahli parti DAP dan DAP yang meminta tuntutan yang kontroversi itu.

2. Laporan mengatakan bahawa Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

3. Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi. "Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," kata beliau.

4. Persoalannya, apakah Zairil Khir Johari sanggup membelakangi Majlis Fatwa Kebangsaan sedangkan beliau seorang Muslim, seperti Ariffin SM Omar dan yang lain?

5. Dimanakah orang Melayu dan Islam yang menjadi ahli dan penyokong parti DAP mahu letak muka mereka sekarang?

6. Jika sebelum ini, kesemua calon Melayu dimalukan, sekarang fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan juga seperti mahu dilanggar oleh DAP!

Masih belum terlewat untuk kesemua ahli Melayu DAP keluar beramai-ramai daripada parti caivinis dan rasis itu.


Kredit to :  Dr. MiM


No comments: