Wednesday, 8 August 2012

SULTAN PERAK SELAMAT DIBEDAH...SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT DAN SEGERA PULIH...


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat menjalani pembedahan bahu di sebuah hospital di London, 30 Julai lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, baginda berangkat ke London pada 23 Julai bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ahli
Lembaga Rayuan acara hoki Olimpik London 2012 dan menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas kapasiti sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos ini.
Ketika di sana, baginda mengalami masalah pada bahu dan menjalani pembedahan.
Menurut Abdul Rahim, baginda akan terus berada di London untuk menjalani rawatan pasca pembedahan dan berangkat kembali ke tanah air apabila dinasihatkan sesuai berbuat demikian oleh pakar perubatan yang merawat baginda.
“Sama-samalah doakan semoga baginda dilimpahkan rahmat dari Ilahi untuk segera pulih dan kembali berada dalam keafiatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
~ Sinar Harian ~

ANWAR CARI GOOGLE HANGOUT UNTUK RAIH SOKONGAN.....


KUALA LUMPUR  —  Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia “celik teknologi” yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia.

Program “Borak Bersama Anwar” chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.

ARTIS BERHIJRAH PERLU DALAMI ILMU AGAMA BUKAN BERPOLITIK ~ AKHIL HAYY


KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.
"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.
"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.
Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.
"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.

CYCLING - OLYMPIC LONDON 2012


Track cycling at the velodrome finished today, which means we bid farewell for another four years to the only Olympic event where a motorised vehicle is an integral part - the Keirin.
  
A motorbike crosses the start line at a pace of 30km/h (25km/h in the women’s race) accelerates to 50km/h (45km/h for women), with the riders pacing behind before a final 2.5 lap sprint to the finish.


Wira keirin negara, Azizulhasni Awang a.k.a Pocket Rocketman tewas pada pusingan final dalam acara kegemaran beliau pada temasya Sukan Olimpik London 2012. Beliau bersaing dengan 5 lagi pelumba yang rata-ratanya bersaiz lagi besar daripada beliau. Pencabar utama, Chris Hoy mengungguli acara tersebut setelah melakukan kayuhan padu dan hebat untuk mengalahkan pelumba-pelumba lain.

Azizul bermula baik pada permulaan perlawanan, namun ketika masuk pusingan ketiga, beliau nekad membuat pecutan untuk mencari tempat di depan namun pelumba lain telah berjaya memintas beliau pada pusingan terakhir. 

Malaysia kempunan lagi untuk merangkul pingat emas pertama Olimpik selepas kegagalan Lee Chong Wei dalam acara badminton. Oleh yang demikian Baskin Robbin juga dapat menjimatkan stok aiskrim kerana sekiranya para atlet Malaysia berjaya menggondol pingat emas, mereka akan mengedarkan aiskrim percuma kepada pengunjung kedai mereka.

Namun begitu, usaha gigih atlet Malaysia ini telah menyatukan jiwa rakyat One Malaysia untuk berganding bahu memberi sokongan kepada atlet-atlet yang sedang berjuang dalam acara masing-masing. Semoga pada temasya Olimpik yang akan datang akan membuahkan hasil yang setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan oleh para atlet kita.

DAP KAFIR HARBI - HARAM DAN BERDOSA BERI SOKONGAN...!!!



Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

Adakah lepas Pok Nik akan keluarkan fatwa sokong parti DAP masuk syurga?

~SRO~

BANK STANDARD CHARTERED SEMBUNYI TRANSAKSI DENGAN IRAN

SEORANG lelaki mengayuh basikal di hadapan ibu pejabat Standard Chartered di London semalam.

NEW YORK - Pihak berkuasa perbankan di sini mengancam akan membatalkan lesen operasi Bank Standard Chartered di negeri New York, Amerika Syarikat (AS).
Dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York (DFS), pihak berkuasa berkenaan menuduh bank Britain itu sebuah 'institusi penyangak' kerana menyembunyikan AS$250 bilion (RM796.6 bilion) hasil transaksinya dengan Iran yang melanggar undang-undang AS.
Pihak DFS menyatakan, Standard Chartered berkomplot dengan pemerintah Iran dan menyembunyikan sekitar 60,000 transaksi rahsia untuk menjana yuran perkhidmatan mencecah jutaan dolar sejak hampir 10 tahun lalu.
Perbuatan Standard Chartered itu turut didakwa mendedahkan sistem perbankan AS kepada pengganas, penyeludup dadah dan negara yang mengamalkan rasuah.
Kehilangan lesen perbankan New York mendatangkan kerugian besar ke atas sebuah bank asing kerana ia menyekat akses ke dalam pasaran bank AS.
Menurut DFS, Standard Chartered memproses transaksi berjumlah AS$190 bilion (RM605.4 juta) pada setiap hari untuk pelanggan global.
Standard Chartered merupakan bank Britain ketiga yang disiasat pada musim panas tahun ini.
Pada Jun lepas bank Barclays Plc bersetuju membayar AS$453 juta (RM1.4 bilion) untuk menyelesaikan siasatan AS dan Britain berhubung perbuatan memalsukan penanda aras faedah pinjaman pada Jun lalu.
Sebulan kemudian, sebuah panel Senat AS mengeluarkan laporan yang mengkritik usaha bank HSBC untuk mengawasi transaksi meragukan termasuk daripada penyeludup dadah Mexico. - Reuters

GUNUNG BERAPI NEW ZEALAND MELETUS


BEBERAPA buah rumah di sebuah ladang dilitupi debu yang dihamburkan daripada gunung berapi Tongariro, New Zealand semalam.


WELLINGTON - Gunung Tongariro di sebuah taman negara New Zealand semalam meletus buat kali kedua dalam tempoh lebih sedekad lalu.
Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan selepas gunung tersebut menghamburkan debu tebal.
Kelmarin, gunung tersebut hanya menghamburkan batu dan debu selama 30 minit.
Sejumlah penduduk meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri.
Jabatan Pemuliharaan semalam menyatakan tiga pendaki yang tinggal di sebuah pondok berjaya menyelamatkan diri keluar dari kawasan gunung tersebut dengan selamat. - Agensi